The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Fatwa Ulama Dan Institusi Islam Berkenaan Yoga

Pandangan Yang Mengharamkan

  1. Pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi
    “Dan sesiapa yang mengamalkan senaman yoga – iaitu latihan pergerakan tubuh dan tidak terlintas di fikirannya unsur penyembahan, tidak juga untuk mengikuti golongan penyembah berhala, tidak juga menyerupai mereka, maka yang lebih selamat dan lebih berhati-hati ialah menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahawa asal-usul senaman yoga yang mempunyai unsur keberhalaan, sebagai beramal dengan hadith: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan”. Malah Islam telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan penyembah berhala walaupun hanya dari segi rupa dan bentuk.    

    Oleh sebab itu Islam telah menegah solat pada waktu terbit matahari dan ketika tenggelamnya, kerana penyembah matahari menyembah matahari pada kedua-dua waktu ini. Tidak diragukan lagi bahawa larangan solat pada kedua-dua waktu tersebut ialah sebagai menyekat jalan-jalan kerosakan walaupun ia tidak terlintas di benak orang yang solat untuk menyembah matahari atau menghadap ke arahnya dalam solat”.
    (more…)

Jenis Senaman Yoga

Perbincangan berkaitan Senaman Yoga ialah Asana Yoga. Enam contoh senaman asana ialah seperti berikut:-

  1. Padmasana
    Seorang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas peha kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan kanan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Erti Padmasana ialah kedudukan teratai. Di kalangan penganut Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada anggota kemaluan perempuan (Phelan, N and Volin, Michael, Sex and Yoga, New York: Bantam Books, 1969, p. 150). Padmasana merupakan imbangan yang sempurna, seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.
  2. Yoga-Mudra
    Yoga-Mudra merupakan simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya ialah bersila sama seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas. Yoga-Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.
  3. (more…)

Yoga

Yoga Masa Kini

Kebelakangan ini, senaman yoga telah menjadi satu budaya baru dalam masyarakat di negara ini bagi membina kesihatan mental dan fizikal. Senaman yoga menurut pengamalnya didakwa boleh menghilangkan tekanan fikiran dan perasaan di samping menyihatkan dan mencantikkan tubuh badan.

Bagi tujuan ini banyak pihak tampil ke hadapan untuk mempersembahkan teknik-teknik berserta faedah senaman yoga. Sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk umat Islam menyebabkan perniagaan berasaskan yoga telah menjadi semakin tersebar luas. Iklan berkenaan yoga memenuhi laman web, kedai buku, artikel-artikel di dalam majalah serta penubuhan pusat-pusat latihan yang mengendalikan senaman yoga.

Pusat-pusat latihan yoga didapati tumbuh dengan pesat di seluruh negara. Kebanyakan penganjur dan pengajar senaman yoga terdiri daripada kalangan bukan Islam, namun demikian terdapat juga segelintir umat Islam turut terlibat dalam pengajaran yoga.
(more…)

Gaya Hidup Sihat

Islam adalah agama sahih yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang.

Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.
(more…)