Pemimpin Bertelagah Rakyat Berpecah

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai pihak yang waras melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan politik wang atau rasuah politik di negara ini. Penggunaan wang untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan dan politik telah menjadi budaya segelintir daripada pemimpin masyarakat.

Dalam isu ini, mereka yang kaya raya dan bernafsu besar dalam politik tanpa merasa malu melantik proksi atau agen tertentu untuk menjalankan kempen membeli undi, menawarkan ganjaran, kemudahan, dan sebagainya secara tidak sah dalam usaha mendapatkan penyokong dan kuasa.

Berdasarkan kempen sengit dalam tempoh bertahun-tahun menggunakan politik wang ini, sebenarnya telah membuktikan sikap tidak amanah dan menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin. Apabila pemimpin asyik bertelagah merebut jawatan hingga lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat menyebabkan rakyat merasa bosan. Keadaan bosan yang berterusan ini mampu mengugat sistem bernegara kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin.
(more…)