The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Hutang

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
~ Riwayat al-Baihaqi ~

Huraian
Pengajaran hadis:

  1. Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
  2. Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan.
    Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.
  3. (more…)

Jangan Kedekut Atau Tamak

Abu Hurairah r.a berkata:

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia:
“Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya?
Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau: “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya
.”
al-Bukhari dan Muslim

Huraian

Islam menganjurkan kita agar bersedekah dalam keadaan sihat. Kerana sesungguhnya bersedekah dalam keadaan sihat itu lebih besar pahalanya daripada bersedekah dalam keadaan sakit dan menampakkan lagi keikhlasan kita dalam melakukan kebajikan di jalan Allah SWT.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia