Kuasa Pengguna : Satu Pengguna, Satu Suara

Islam mewajibkan umatnya bersaudara. Hidup saling membantu demi kebahagian bersama. Adalah berdosa dan berkelakuan zalim jika seorang muslim menyakiti dan menganiaya seorang muslim yang lain dalam apa bidang sekalipun terutamanya dalam urusan jual beli dan sewa menyewa. Islam telah menetapkan hukum syarak yang jelas dalam muamalat seperti urusan jual beli, pinjam meminjam, sewa menyewa, gadai menggadai dan sebagainya. Bagi menjaga kebajikan dan mewujudkan keharmonian di antara pengguna dan pengusaha. Selari dengan kehendak hukum syarak, maka Islam memang mengharamkan sebarang bentuk eksploitasi dan penindasan seperti riba, judi, menipu dan sebagainya.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t melalui surah Al-Mutaffiffin ayat 1-5, Maksudnya:

“Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?. Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya).”
(more…)