Ramadan Bulan Pemutihan Akhlak

Saya berpesan kepada para pembaca dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dalam bulan Ramadhan di mana siang dan malam dipenuhi keberkatan ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ibadat puasa yang memenuhi standard atau kualiti yang ditentukan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menempatkan kita insan yang dikasihi Allah, membawa kebahagian di dunia dan akhirat.

Puasa Ramadhan

(more…)

Menghayati Kesan Ramadan

Kini kita sudah berada pada tanggal 6 Syawal. Ramadan baru sahaja berlalu, ianya pasti meninggalkan kesan mendalam di dalam jiwa orang-orang mukmin. Didikan Ramadan yang mendisiplinkan diri kita dari mula bangun bersahur sehinggalah kita hendak tidur semula, memberikan suatu pengisian yang sangat bermakna dalam menjalani kehidupan yang berkualiti. Alangkah elok dan baiknya, sekiranya kita dapat mengekalkan rutin harian sepertimana hari-hari Ramadan yang kita lalui selama sebulan yang lalu.

Ramadan yang dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan fardhu mahupun sunat seperti solat fardhu berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau, bermurah hati dengan sedekah dan amal jariah, istiqamah dalam tilawah al-Quran dengan menyertai majlis-majlis tadarus, rajin berqiamullail dan berbagai-bagai ibadah lain seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih, berselawat dan memperbanyakkan doa; dapat kita teruskan di bulan-bulan yang akandatang.

Walaupun hampir seminggu telah berlalu, kemeriahan Idulfitri masih dapat dirasakan. Ramai di kalangan kita pada masa ini berebut-rebut mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka, menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan serta saling berkunjung-kunjungan. Amalan ziarah menziarahi disemarakkan. Sememangnya budaya mulia ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita.
(more…)