The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Perpaduan Menjana Kecemerlangan Ummah

Islam adalah agama perpaduan dan persaudaraan. Oleh itu ciri utama dalam semua ibadat adalah berpaksikan ukhuwah dan persaudaraan. Kewajipan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji di antara lain adalah untuk membina ukhuwah dan perpaduan di antara satu sama lain. Justeru, maka Allah mengisyaratkan bahawa setiap orang mukmin adalah bersaudara. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang beriman diikat oleh tali kekeluargaan seagama, satu ikatan yang mengatasi hubungan darah dan kekeluargaan. Mereka berkewajipan untuk memelihara persaudaraan dengan saling menghormati, bekerjasama dan saling membantu dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah “HATI GAJAH SAMA DI LAPAH, HATI KUMAN SAMA DI CICAH”. Inilah ciri persaudaraan Islam unggul yang di bina oleh Nabi S.A.W. ketika berhijrah ke Madinah.
(more…)

Amal Jariah Menggembirakan Umat Islam Gaza

Umat Islam diseluruh dunia adalah bersaudara kerana Islam adalah agama persaudaraan. Tali persaudaraannya diikat kuat oleh persamaan akidah. Dengan demikian apabila umat Islam di negara atau kawasan tertentu ditimpa malapetaka atau dizalimi, maka akan timbul perasaan atau keinginan untuk membantu meringankan penderitaan mereka.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: ” Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”.

Budaya persaudaraan yang berasaskan akidah ini telah berjaya menegakkan negara Islam Madinah. Sejarah mencatatkan hebatnya tahap persaudaraan di kalangan Ansar dan Muhajirin yang ditindas, hingga dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada saudaranya dari golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin manakala mereka yang mempunyai dua bidang tanah, diwaqafkan sebidang kepada Muhajirin.
(more…)