The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Hakikat Orang Yang Miskin

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Bukanlah orang miskin, orang yang pergi dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji kurma dan dua biji kurma. Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak memperoleh kecukupan yang dapat mencukupkan keperluannya dan tidak diketahui orang tentang kemiskinannya yang menyebabkan orang memberi sedekah kepadanya. Dan dia pula tidak pergi meminta ke sana ke mari (tidak mengulang-ulangi permintaannya kepada orang lain). ”

al-Bukhari dan Muslim

Huraian

Orang yang miskin adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan dan tidak mahu menampakkan kemiskinannya kepada orang lain. Dia tidak mengemis ke sana sini sebaliknya berusaha mencari pendapatan sendiri. Orang sebeginilah yang layak menerima sedekah dan mendapat bantuan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”

Riwayat Abu Naim

Huraian

  • Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.
  • Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.
  • Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.
  • (more…)