The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:

“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali.

Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:

”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.“
~ Bukhari

Huraian
Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini.
(more…)

Makanan Berzat Bentuk Umat Pintar

Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal lagi bersih. Halal sumber dan bersih ain serta zat sesuatu makanan itu memberi kesan yang mendalam kepada umat Islam terhadap tubuh badan, jiwa, emosi, dan akal. Antara kesan yang paling ketara ialah kejernihan akal fikiran yang mampu mengungkap dan menyelesaikan permasalahan umat dan dunia.

Otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan mereka mendapati kita menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar. Hasilnya, jiwa menjadi lemah dan pesimis, akal menjadi lembab dan kuasa fikiran menurun serta gangguan emosi.

Walau bagaimanapun keadaan ini berbeza kepada bangsa Yahudi. Mereka memiliki tahap kepintaran melebihi umat Islam. Sejak dahulu bangsa Yahudi mendepani dan menguasai pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains, seni, dan yang paling ketara bidang perniagaan. Hampir 70 peratus perniagaan di dunia di kuasai oleh mereka dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, dan sebagainya.
(more…)