The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Tafsiran Mimpi

Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.”
~ Bukhari

Huraian
Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu yang akan berlaku kerana Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan belaka.

Namun bagi orang yang jauh dari keimanan, tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa ketika ingin tidur contohnya, kebanyakan mimpi yang datang hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan.

Namun jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar individu tersebut (yang jauh dairpada kebenaran) menjadi insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wajib Mandi Sekalipun Hanya Kerana Bermimpi

Ali bin Abdullah menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan bin Salim, daripada ‘Ata’ bin Yasar, daripada Abu Said al-Khudri, Nabi saw. bersabda yang maksudnya:

“Mandi pada hari Jumaat itu wajib ke atas setiap yang bermimpi (keluar mani)”

Bukhari

Huraian

Bentuk mimpi yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib ialah mimpi melakukan persetubuhan yang menyebabkan seseorang itu keluar mani. Kesan keluar mani ini jelas kelihatan pada kain atau apa sahaja yang dipakai sewaktu tidur.

Air ini pula keluar secara memancut, baunya seperti bahagian yang berwarna putih pada telur ayam yang sudah direbus menyebabkan rasa sengal-sengal pada bahagian lutut dan disertai dengan rasa lazat. Jika terdapat tanda-tanda ini, jelaslah ia adalah sifat-sifat air mani lelaki.
(more…)