The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.”

Baihaqi

Huraian
Pengajaran Hadis:

  1. Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai nikmat kurniaan Allah S.W.T. sama ada berupa kesihatan, penglihatan, pendengaran, kekayaan, kebijaksanaan dan sebagainya. Oleh itu sebagai menunjukkan tanda kesyukuran tersebut, sewajarnya nikmat-nikmat itu dipergunakan sebaiknya dengan melipatgandakan usaha ke arah kebaikan diri, agama, bangsa mahupun negara. Itulah kesan nikmat yang disukai oleh Allah pada hamba-hamba-Nya.
  2. (more…)

Dijauhkan Dari Neraka 70,000 Musim

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”

Muslim

Huraian

Dilihat secara terperinci, kita dapati orang yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:

  1. Orang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia.
  2. Orang yang berpuasa kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah.
  3. Orang yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada Allah dan manusia.

(more…)