Jauhi Zina

Sekarang ini kedengaran pelbagai isu terutama yang melibatkan gejala sosial dalam masyarakat oleh sebahagian remaja bahkan orang dewasa seperti pergaulan bebas yang menyebabkan pelbagai gejala tidak baik seperti zina, hubungan seks bebas dan sebagainya. Dalam hubungan ini JAIS melalui pendekatan dakwah, melancarkan Gerakan Anti Zina dan Kaunseling yang bertujuan untuk membendung dan mencegah dari berleluasa.

Ketahuilah, zina diertikan sebagai hubungan terkutuk dan merupakan antara tujuh dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69 yang bermaksud:

Anda Bijak Jauhi ZinaDan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan

Apa itu zina ?

Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuk kegiatan-kegiatan pelacuran atau apa juga perbuatan lain yang membawa keseronokan nafsu dan syahwat. Zina adalah perbuatan mungkar yang mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pembinaan generasi institusi keluarga dan masyarakat. Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;
(more…)