The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Dadah Merosakkan Fitrah Manusia

Umat Islam yang berjaya dan beruntung ialah umat Islam dan keluarga yang hidup dalam suasana fitrah kemanusiaan yang selari dengan prinsip ajaran Islam. Manakala manusia yang rugi ialah apabila fitrah kemanusiaannya menjadi rosak dan mengubah tingkahlakunya menjadi keji dan merosakkan akidah mereka. Persoalan besar timbul di sini ialah, apakah kita semua membuat penilaian sejauh mana kehidupan kita benar-benar selari dengan prinsip ajaran Islam?

Banyak faktor yang membawa kemusnahan dan penyelewengan fitrah manusia. Antaranya penglibatan manusia dengan perkara yang diharamkan Allah SWT. Berdasarkan dalil al-Qur’an, hadith, dan penemuan pakar-pakar perubatan, jelas menyatakan perkara yang diharamkan oleh Islam telah merosakkan adab, tatasusila keluarga, masyarakat, dan ketamadunan manusia. Apa yang nyata, perkara yang haram merosakkan kesempurnaan fitrah manusia.
(more…)

Amalan Kebersihan Budaya Kita

Pendedahan dalam media massa dan aduan awam mengenai isu pencemaran persekitaran, perumahan, tempat ibadat, perparitan, sungai, laut, air dan udara amat membimbangkan kita. Isu-isu pencemaran ini telah menjejaskan kualiti hidup manusia kerana pencemaran itu amat kotor dan menjijikan. Baru-baru ini negara kita dikejutkan pula dengan peningkatan penyakit demam denggi, chikungunya, dan pelbagai jenis penyakit lain. Peningkatan kes demam ini adalah petunjuk bahawa amalan kebersihan tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat.

Sama ada disedari atau tidak, perbuatan yang tidak berakhlak ini menyebabkan perbelanjaan mengurus meningkat. Justeru, bagi mengurangkan masalah ini masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan menurut lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Jangan nanti ‘Sudah Terhantuk Baru Tengadah’.

Sikap membudayakan amalan kebersihan adalah bukti kekuatan akidah seseorang dan disukai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:

Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”.
(more…)

Makanan Berzat Bentuk Umat Pintar

Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal lagi bersih. Halal sumber dan bersih ain serta zat sesuatu makanan itu memberi kesan yang mendalam kepada umat Islam terhadap tubuh badan, jiwa, emosi, dan akal. Antara kesan yang paling ketara ialah kejernihan akal fikiran yang mampu mengungkap dan menyelesaikan permasalahan umat dan dunia.

Otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan mereka mendapati kita menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar. Hasilnya, jiwa menjadi lemah dan pesimis, akal menjadi lembab dan kuasa fikiran menurun serta gangguan emosi.

Walau bagaimanapun keadaan ini berbeza kepada bangsa Yahudi. Mereka memiliki tahap kepintaran melebihi umat Islam. Sejak dahulu bangsa Yahudi mendepani dan menguasai pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains, seni, dan yang paling ketara bidang perniagaan. Hampir 70 peratus perniagaan di dunia di kuasai oleh mereka dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, dan sebagainya.
(more…)

Mantap Iman Ummah Cemerlang

Iman adalah nikmat yang paling berharga kurniaan Allah SWT dan menjadi penentu kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Tanpa iman segala amalan kita semasa di dunia menjadi sia-sia dan berakhir dengan balasan seksa. Oleh kerana pentingnya iman dalam diri umat Islam, maka Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi SAW di Mekah selama 13 tahun yang menyentuh persoalan iman sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an.

Namun kini, umat Islam semakin terhimpit dengan permasalahan iman dan paling besar ialah ancaman terhadap akidah mereka. Apa yang menyedihkan kita ialah kes murtad, maksiat dan lain-lain kes kekufuran terus berulang dan berterusan. Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita’ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”.
(more…)

Amal Jariah Menggembirakan Umat Islam Gaza

Umat Islam diseluruh dunia adalah bersaudara kerana Islam adalah agama persaudaraan. Tali persaudaraannya diikat kuat oleh persamaan akidah. Dengan demikian apabila umat Islam di negara atau kawasan tertentu ditimpa malapetaka atau dizalimi, maka akan timbul perasaan atau keinginan untuk membantu meringankan penderitaan mereka.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: ” Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”.

Budaya persaudaraan yang berasaskan akidah ini telah berjaya menegakkan negara Islam Madinah. Sejarah mencatatkan hebatnya tahap persaudaraan di kalangan Ansar dan Muhajirin yang ditindas, hingga dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada saudaranya dari golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin manakala mereka yang mempunyai dua bidang tanah, diwaqafkan sebidang kepada Muhajirin.
(more…)