Ibubapa Penjana Pendidikan Anak-Anak

Sekolah yang merupakan pusat pendidikan anak-anak telah mula cuti persekolahan selama 47 hari, satu tempoh yang agak panjang dan banyak perkara boleh mempengaruhi perilaku anak-anak. Jika anak-anak melalui tempoh tersebut dengan kegiatan bermanfaat, seperti membaca, mengulangkaji pelajaran, memperdalamkan ilmu fardhu ain, melazimkan diri ke masjid dan surau dan seumpamanya, maka anak-anak akan berpotensi menjadi generasi cemerlang, sebaliknya jika mereka menghabiskan tempoh masa tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti menonton program hiburan melampau, menyalahgunakan internet, membaca majalah-majalah hiburan dan sebagainya, maka tergugatlah masa depan mereka.

Kita perlu ingat, bahawa anak-anak lazimnya bersifat kurang matang atau pendek akalnya, bila berdepan dengan sesuatu cabaran. Tegasnya mereka mudah terpedaya dengan apa juga cabaran yang ada dikelilingnya. Oleh kerana itu, kita selaku ibubapa bertanggungjawab mempastikan anak-anak sentiasa dibimbing agar berjaya mengelak daripada terpedaya dengan sebarang bentuk anasir buruk yang akan merosakkan masa depan mereka.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6: maksudnya:
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(more…)

Perpaduan Menjana Kecemerlangan Ummah

Islam adalah agama perpaduan dan persaudaraan. Oleh itu ciri utama dalam semua ibadat adalah berpaksikan ukhuwah dan persaudaraan. Kewajipan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji di antara lain adalah untuk membina ukhuwah dan perpaduan di antara satu sama lain. Justeru, maka Allah mengisyaratkan bahawa setiap orang mukmin adalah bersaudara. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang beriman diikat oleh tali kekeluargaan seagama, satu ikatan yang mengatasi hubungan darah dan kekeluargaan. Mereka berkewajipan untuk memelihara persaudaraan dengan saling menghormati, bekerjasama dan saling membantu dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah “HATI GAJAH SAMA DI LAPAH, HATI KUMAN SAMA DI CICAH”. Inilah ciri persaudaraan Islam unggul yang di bina oleh Nabi S.A.W. ketika berhijrah ke Madinah.
(more…)

Kasih Keluarga Membawa ke Syurga

Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah s.w.t. kepada setiap Muslim. sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Disamping itu, kita hendaklah tahu menghargai budi dan jasa yang dicurahkan mereka siang dan malam demi melihat anak-anak dalam keadaan baik dan berjaya dalam hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Di dalam Al-Quran s.w.t. dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa. Dimana Allah s.w.t. menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al- Isra’ ayat 23.
(more…)

Menjaga Pergaulan Dan Tingkah Laku

Menjaga pergaulan dan tingkah laku suatu yang amat dituntut dalam Islam. Perlakuan tersebut menggambarkan keindahan akhlak dan keluhuran budi pekerti yang disanjung tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Adik-adik, sebelum kedatangan Islam masyarakat ketika itu hidup dalam ‘kegelapan’. Tingkah laku dan pergaulan mereka amat buruk. Oleh itu, Islam diturunkan untuk memperbaiki tingkah laku mereka selain mengajak mereka mentauhidkan Allah SWT.
(more…)