The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Kebajikan Dan Keburukan

Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al-Hazza’, dari Akramah katanya:
”Abdullah bin Abbas berkata kepada aku dan anaknya Ali: ”Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya). Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan halaman. Ia mengambil selendangnya lalu duduk. Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada membicarakan binaan masjid.

Beliau berkata: ”Kami membawa batu-bata sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata (sekaligus), maka Nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil bersabda: ”Kasihan Ammar, puak pelampau ingin membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka menyerunya kepada neraka.

Abu Said berkata, Ammar menjawab: ”Aku berlindung dengan Allah daripada segala fitnah.”

Bukhari

Huraian

Ada banyak orang yang diberi hidayah oleh Allah dengan melakukan perbuatan baik berupa kebajikan dan banyak orang yang tertipu kerana perbuatan buruknya yang dirasakan baik. Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
(more…)

Memelihara Amal Kebaikan

Daripada Umar al-Khattab r.a katanya, Rasul s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tertidur serta luput (beramal) di waktu malam ataupun sesuatu daripadanya maka dibacanya (dikerjakannya) di antara sembahyang fajar dan sembahyang zohor dituliskan ke atasnya pahala sebagaimana ia membaca di waktu malam”
(Muslim)
(more…)

Jangan Pentingkan Diri

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri.”
(Al-Bukhari, Muslim, Abu ‘Uwanah, an-Nasai, at-Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi dan Ahmad)
(more…)

Mementingkan Kemaslahatan Bersama

Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata,”Sesungguhnya aku melambat-lambatkan dari sembahyang subuh disebabkan imam itu memanjangkan bacaannya ketika bersembahyang bersama kami.” (Abu Mas’ud berkata) aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika memberikan nasihatnya lebih dari marahnya pada hari ini.
(more…)

Sedekah

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”
(Ahmad)
(more…)