The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Kasih Sayang Pupuk Kesejahteraan Ummah

Manusia secara tabienya dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai makhluk yang bersosial. Mereka sentiasa cenderung untuk bergaul sesama sendiri, bermuafakat, bertolong-tolongan untuk mendapat manfaat dan memenuhi keperluan diri. Secara zahirnya tidak mungkin manusia itu hidup sendirian tanpa apa-apa hubungan dengan manusia lain.

Persoalan besar timbul ialah walaupun manusia itu pada fitrahnya bersosial tetapi mengapa mereka hidup bermusuhan, bunuh membunuh, dan menzalimi sesama keluarga, jiran tetangga, masyarakat, dan terhadap makhluk Allah yang lain. Ini bertentangan dengan ajaran Nabi s.a.w. bahawa Islam adalah agama kasih sayang sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Bashir r.a:

Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang,berkasihan belas dan menaruh simpati adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota ada yang sakit, maka seluruh anggota tubuh akan merasainya seperti demam dan tidak dapat tidur malam.”
(more…)

Mantap Iman Ummah Cemerlang

Iman adalah nikmat yang paling berharga kurniaan Allah SWT dan menjadi penentu kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Tanpa iman segala amalan kita semasa di dunia menjadi sia-sia dan berakhir dengan balasan seksa. Oleh kerana pentingnya iman dalam diri umat Islam, maka Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi SAW di Mekah selama 13 tahun yang menyentuh persoalan iman sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an.

Namun kini, umat Islam semakin terhimpit dengan permasalahan iman dan paling besar ialah ancaman terhadap akidah mereka. Apa yang menyedihkan kita ialah kes murtad, maksiat dan lain-lain kes kekufuran terus berulang dan berterusan. Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita’ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”.
(more…)