Diam Tanda Setuju

Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda: ”Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.”

Para sahabat bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan gadis itu?”

Rasulullah menjawab:”Jika dia diam sahaja.”

Bukhari

Huraian

Tabi’inya seorang perempuan sangat memerlukan seorang lelaki yang boleh melindunginya dan menjaga kemaslahatannya. Oleh itu seorang gadis adalah orang yang lebih berhak dalam persoalan perkahwinannya dan seorang ayah atau wali kepada gadis tersebut tidak boleh meremehkan pendapatnya serta mengabaikan persetujuannya kerana bagaimana mungkin seorang lelaki itu disifatkan dapat melindungi isterinya jika dirinya sendiri tidak disukai oleh isterinya.
(more…)