The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Jihad Penuhi Tanggungjawab Kepada Allah

Jika kita mengimbau sejarah peperangan dunia pertama pada tahun 1917 dan peperangan dunia kedua pada tahun 1941, beberapa penganalisis perang meramalkan bahawa perang dunia ketiga akan bermula di Timur Tengah. Ramalan ini diasaskan kerana rantau Timur Tengah adalah kawasan yang paling tegang di dunia ketika ini disebabkan wujudnya kumpulan jihad yang tidak pernah berputus asa menentang penubuhan negara haram Israel.

Peperangan yang berlaku di dunia ini bukanlah perkara yang disukai oleh manusia, malah ia adalah perbuatan terkutuk. Peperangan dianggap perbuatan terkutuk kerana ia membunuh ramai manusia yang tidak berdosa dan merosakkan dunia. Selain itu, peperangan juga menjadi alat di kalangan penjajajah, pengkhianat, imperialis dan pengganas untuk merebut negara orang serta merampas kekayaan sesuatu bangsa.

Bagaimanapun, adakalanya peperangan itu adalah perbuatan terpuji iaitu jihad fi sabilillah, peperangan di jalan Allah atau perang suci Islam. Perang jihad dianggap terpuji apabila dilakukan untuk melenyapkan pengkhianat, menentang penjajah, mengusir imperialis dan mempertahankan kebebasan beragama. Dengan demikian perang fi sabilillah adalah satu-satunya bentuk peperangan yang dibenarkan dalam Islam.
(more…)

Kewajipan Mengawal Nafsu

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
(al-Bukhari)
(more…)