The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Bahaya Ajaran Sesat

Baru-baru ini seorang pembawa dan penyebar ajaran sesat yang mengaku sebagai Rasul Melayu telah disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun termasuk 6 bulan tahanan di Pusat Pemurnian Akidah, denda RM16,500 dan 6 sebatan. Tindakan ini bukanlah yang pertama seumpamanya tetapi pernah dijalankan sejak kemunculan ajaran sesat di negara ini pada abad ke-17 lagi.

Jika dahulu penyebar ajaran sesat tidak aktif dan hanya bergerak secara bersembunyi, namun kini sesetengah mereka menjadi semakin berani dan menyebarkan hal-hal yang dianggap prinsip dalam Islam seperti mengaku diri sebagai Nabi, sebagai Jibril, mendakwa menerima wahyu dan sebagainya.

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga 2008 terdapat sebanyak 55 jenis ajaran sesat telah diwartakan haram di Malaysia. Bagaimana pun dengan kerjasama Polis diRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), orang awam dan beberapa agensi kerajaan yang lain, maka Jabatan Agama Islam berjaya mengawal perkembangan ajaran sesat. Pada masa ini masih terdapat 12 ajaran sesat yang masih aktif.
(more…)

Nuzul Al-Quran Mengubah Sikap Muslim

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu mengubah sikap manusia kepada sesuatu yang baik dalam hidup mereka.

Sayidina Umar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.
(more…)

Umat Islam Wajib Menyokong Perjuangan Palestin

Negara Palestin adalah tempat lahir dan tinggal sebahagian besar para Rasul dan Nabi Allah menyebarkan Islam, kawasan terletaknya Masjid al-Aqsa, tempat berlakunya Israk dan Mikraj dan kiblat pertama umat Islam.

Menurut sumber sejarah, bangsa Yahudi hanya duduk memerintah selama 4 kurun sahaja semenjak zaman Nabi Allah Daud, Nabi Sulaiman dan dijajah pula oleh bangsa Parsi dan Rom selepas itu. Manakala umat Islam memerintahnya semula selama 12 kurun semenjak ditadbir oleh Saidina Umar R.A pada tahun 636 Masihi sehinggalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Ketetapan 181 pada November 1947.
(more…)

Hijrah Melakar Insan Terbilang

Sempena kita berada di awal tahun baru 1430H, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”.

Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1430H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya.
(more…)

Islam Menggalakkan Kesederhanaan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. ”
(al-Ibn an-Najjar)
(more…)