The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Ibubapa Penjana Pendidikan Anak-Anak

Sekolah yang merupakan pusat pendidikan anak-anak telah mula cuti persekolahan selama 47 hari, satu tempoh yang agak panjang dan banyak perkara boleh mempengaruhi perilaku anak-anak. Jika anak-anak melalui tempoh tersebut dengan kegiatan bermanfaat, seperti membaca, mengulangkaji pelajaran, memperdalamkan ilmu fardhu ain, melazimkan diri ke masjid dan surau dan seumpamanya, maka anak-anak akan berpotensi menjadi generasi cemerlang, sebaliknya jika mereka menghabiskan tempoh masa tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti menonton program hiburan melampau, menyalahgunakan internet, membaca majalah-majalah hiburan dan sebagainya, maka tergugatlah masa depan mereka.

Kita perlu ingat, bahawa anak-anak lazimnya bersifat kurang matang atau pendek akalnya, bila berdepan dengan sesuatu cabaran. Tegasnya mereka mudah terpedaya dengan apa juga cabaran yang ada dikelilingnya. Oleh kerana itu, kita selaku ibubapa bertanggungjawab mempastikan anak-anak sentiasa dibimbing agar berjaya mengelak daripada terpedaya dengan sebarang bentuk anasir buruk yang akan merosakkan masa depan mereka.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6: maksudnya:
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(more…)

Ibubapa Mengutamakan Pendidikan Anak

Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, ‘alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga orang lain. Kedudukan mereka ada hubungankait dengan sifat integriti, bertanggungjawab, amanah, istiqamah dan beriman kepada Allah SWT.

Di Malaysia, bidang pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh bagi mewujudkan modal insan yang cemerlang, iaitu cerdas minda, mantap rohani, stabil emosi dan sihat jasmani.
(more…)