Menghayati Hijrah

Hijrah dengan makna berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana berlaku dalam sejarah Islam sudah tidak wujud lagi. Apa yang dikehendaki oleh Nabi ialah hijrah jihad dan niat sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW:

” Tiada lagi hijrah sesudah kemenangan membuka semula Kota Mekah melainkan Jihad dan niat”

Maal Hijrah

Jihad dengan makna berperang melawan musuh samaada musuh yang ada dalam diri kita iaitu menundukkan nafsu selari dengan syara’ kerana nafsu adalah menjadi keperluan manusia untuk hidup. Begitu juga syaitan dan musuh yang memerangi Islam yang terdiri dari kalangan manusia.

Nafsu banyak mengarah kepada  kejahatan. Kita perlu bermujahadah menundukkan nafsu sehingga menjadi nafsu mutmainnah. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Fajr ayat 27 hinnga 30:

” Wahai nafsu mutmainnah kembalilah kepada tuhanmu dengan  hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam Syurgaku”
(more…)