Larangan Beristinjak Dengan Tangan Kanan

Daripada Abu Qatadah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Apabila seseorang daripada kamu minum maka janganlah ia bernafas ke dalam bejana (bekas minuman) dan apabila ia ke tempat membuang air (apabila ia membuang air) maka janganlah ia menyentuh zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah dia menyapu dengan tangan kanannya.”

al-Bukhari 4:18, Muslim 2:18

Huraian

Hikmah Rasulullah melarang bernafas ke dalam bekas minuman ketika meminum air adalah untuk memelihara kebersihan air kerana mungkin dengan bernafas ke dalam air, mulut akan mengeluarkan air liur dan ini menimbulkan kejijikan kepada orang lain.

Demikian pula apabila mencuci kemaluan selepas membuang air, kita dilarang menyentuh kemaluan dengan tangan kanan. Hikmahnya ialah untuk memuliakan dan memelihara tangan kanan daripada kekotoran dengan sebab mencuci najis

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia