Amalan Kebersihan Budaya Kita

Pendedahan dalam media massa dan aduan awam mengenai isu pencemaran persekitaran, perumahan, tempat ibadat, perparitan, sungai, laut, air dan udara amat membimbangkan kita. Isu-isu pencemaran ini telah menjejaskan kualiti hidup manusia kerana pencemaran itu amat kotor dan menjijikan. Baru-baru ini negara kita dikejutkan pula dengan peningkatan penyakit demam denggi, chikungunya, dan pelbagai jenis penyakit lain. Peningkatan kes demam ini adalah petunjuk bahawa amalan kebersihan tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat.

Sama ada disedari atau tidak, perbuatan yang tidak berakhlak ini menyebabkan perbelanjaan mengurus meningkat. Justeru, bagi mengurangkan masalah ini masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan menurut lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Jangan nanti ‘Sudah Terhantuk Baru Tengadah’.

Sikap membudayakan amalan kebersihan adalah bukti kekuatan akidah seseorang dan disukai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:

Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”.
(more…)