The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Kelebihan Bersahur

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

al-Bukhari dan Muslim

Huraian

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Menolak Secara Baik

Dari Zuhairi r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:

”Apabila kamu diundang orang makan, padahal kamu puasa, jawablah:”Aku berpuasa!”

Muslim

Huraian

Puasa merupakan ibadat yang mulia di sisi Islam dan mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. Maka apabila seseorang itu berpuasa hendaklah ia menjaga puasanya itu daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa terutamanya makan dan minum dengan sengaja.

Namun sebagaimana diketahui umum, puasa adalah merupakan ibadat rahsia di antara hamba dengan tuhannya (bukan untuk menunjuk-nunjuk) maka apabila seseorang itu diundang makan sedangkan ia berpuasa hendaklah ia menolak undangan tersebut dengan cara yang baik dan mengemukakan sebabnya iaitu bahawa ia sedang berpuasa.
(more…)

Dijauhkan Dari Neraka 70,000 Musim

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”

Muslim

Huraian

Dilihat secara terperinci, kita dapati orang yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:

  1. Orang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia.
  2. Orang yang berpuasa kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah.
  3. Orang yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada Allah dan manusia.

(more…)

Haram Berpuasa

Dari Umar bin Khathab ra., ia berkata, “bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah saw. untuk berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji “
(Muslim)
(more…)