The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Dasar Kerja Orang Bekerja

Dari Imran r.a katanya, saya bertanya:
”Ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang bekerja?” Baginda menjawab;”Setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.”

al-Bukhari

Huraian

Manusia adalah makhluk yang bekerja. Bahkan manusia tidak akan mendapatkan suatu apa pun kecuali apa yang diusahakannya sendiri. Oleh itu tidaklah menghairankan jika kita juga sering mendengar bahawa masuk syurga atau neraka itu sangat ditentukan oleh amal atau perbuatan seseorang, pekerjaannya atau usahanya ketika di dunia.
(more…)

Bersua Dalam Murka

Dari Abdullah r.a katanya,:

“Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya.”

al-Bukhari

Huraian

Manusia, apapun perbuatannya, pasti akan bertemu dengan Allah S.W.T. Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa sebagaimana perjalanan lahiriah dari satu tempat ke tempat lain. Perjalanan menuju Allah memerlukan persiapan dan bekalan yang cukup.

Manusia yang baik amalannya akan menemui Allah dalam keadaan yang cukup selesa dan bahagia, sebaliknya pula orang yang buruk amalannya semasa di dunia. Mereka bakal menemui Allah dengan perasaan gerun dan takut. Sesungguhnya Allah S.W.T amat murka terhadap sesiapa sahaja yang melakukan dosa dan kejahatan kerana ia merupakan perbuatan yang melambangkan penentangan terhadap perintah-Nya.
(more…)

Memelihara Amal Kebaikan

Daripada Umar al-Khattab r.a katanya, Rasul s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tertidur serta luput (beramal) di waktu malam ataupun sesuatu daripadanya maka dibacanya (dikerjakannya) di antara sembahyang fajar dan sembahyang zohor dituliskan ke atasnya pahala sebagaimana ia membaca di waktu malam”
(Muslim)
(more…)

Amalan Sebelum Tidur

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:”Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.”
(Muslim)
(more…)

Antara Yang Lebih Utama

Daripada Abu Zar r.a katanya, “Aku bertanya Rasulullah SAW : “ Manakah satu amalan lebih utama?” Baginda bersabda: “ Beriman di jalan Allah dan berjihad di jalan-Nya. Aku bertanya lagi : “ Memerdekakan hamba yang manakah yang lebih utama? Baginda bersabda : “ Yang lebih mahal harganya dan yang lebih bernilai di sisi pemiliknya.”
(more…)