The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Pengorbanan Kembali Kepada Islam

Ibadah haji mengembalikan kenangan agong yang berlaku kira-kira 5,000 tahun yang lampau melibatkan pengorbanan nabi Ibrahim AS dan keluarganya dalam mentaati perintah Allah. Dalam mencapai pengorbanan yang agong ini nabi Ibrahim telah menghabiskan segenap usianya untuk berbakti kepada tuhan, meletakkan batu asas supaya manusia kembali kepada agama Allah.

Eid al AdhaSelain menjadikan kota Mekkah sebagai pusat gerakannya, baginda kemudian berpindah dari satu daerah ke satu daerah, dari wilayah Iraq sampai ke Palestin, terus ke Mesir. Ditinggalkan isterinya Hajar bersama putranya Ismail di tanah tandus yang tidak berair itu sehingga terpancarlah air zamzam untuk memberi minum kepada mereka.

Apabila baginda kembali ke Makkah, diperintahkan tuhan menyembelih puteranya Ismail, dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan. Maka diganti oleh Allah SWT dengan haiwan iaitu kibas yang dijadikan korban sembelihan. Kemudian bersama putranya membina semula Baitullah yang menjadi kiblat kaum muslimin hingga sekarang.

Pengorbanan besar nabi Ibrahim dan keluarganya kepada Allah SWT dapat dilihat dalam kalimah talbiah yang berbunyi, Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu.
(more…)

Pemimpin Yang Amanah

Perkembangan tamadun manusia pasti mencatatkan bahawa berdirinya sesebuah pemerintahan. Semuanya terbina dengan adanya pemimpin yang berkaliber. Kehidupan rakyat tanpa pemimpin yang memandu halatuju mereka hanya akan membawa pelbagai kemelut dalam masyarakat dan negara.

Ceramah PemimpinPemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 yang bermaksud;

Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Islam memandang isu kepimpinan suatu perkara yang amat besar. Beberapa nota penting yang perlu kita ketahui berkaitan kepimpinan iaitu :

(more…)

Badan Bersih Hati Tenang

Dalam Islam menjaga kebersihan diri dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara.

Air Bersih

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222 Maksudnya:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.

Oleh yang demikian untuk menjaga kebersihan diri dan membina persekitaran serta suasana yang bersih, maka menjadi keutamaan kepada kita untuk menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran dititik-beratkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

‘Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya”.dan sabdanya lagi dengan maksud : ‘Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.

(Riwayat at- Tabarani)

(more…)

Ramadan Bulan Pemutihan Akhlak

Saya berpesan kepada para pembaca dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dalam bulan Ramadhan di mana siang dan malam dipenuhi keberkatan ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ibadat puasa yang memenuhi standard atau kualiti yang ditentukan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menempatkan kita insan yang dikasihi Allah, membawa kebahagian di dunia dan akhirat.

Puasa Ramadhan

(more…)

Qadha Dan Qadar Ketentuan Ilahi

Kita sebagai makhluk-Nya wajib meyakini tentang qadha’ dan qadar Allah Subhanahu Wata’ala sebagaimana terkandung di dalam rukun iman yang enam. Beriman kepada qadha’ dan qadar ertinya kita percaya dan yakin dengan sapenuh hati bahawa Allah Subhanahu Wata’ala telah menentukan tentang segala sesuatu bagi makhluk-Nya .

Di dalam Masyarakat Melayu kita istilah qadha’ dan qadar kadangkala disebut dengan “Takdir Tuhan” atau “Ketentuan Tuhan”.  Kedua-duanya memberi maksud qadha’ dan qadar.

Berkaitan dengan qadha’ dan qadar, Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud:

“Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan 4 ketentuan, iaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim) .

Dari hadith tersebut dapatlah kita ketahui bahawa nasib manusia telah ditentukan oIeh Allah Subhanahu Wata’ala sejak sebelum ia dilahirkan. Walau pun  setiap manusia telah ditentukan nasibnya, ianya tidaklah bererti bahawa manusia hanya duduk diam menunggu nasib tanpa berusaha dan berikhtiar. Walau apa pun keadaannya, manusia tetap berkewajipan untuk berusaha, sebab kejayaan sesuatu itu tidak akan datang dengan sendirinya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Ra’du ayat  11:
(more…)