Catatan Pendita » Khutbah

Muhasabah Tahun Baru Hijrah 1433
Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah memasuki Tahun Baru 1433 Hijriah. Tahun hijrah merupakan tarikh yang amat penting kerana ia telah memahat sejarah agung perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal Islam.

Hijrah juga menjadi lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya.

Hijrah dari sudut bahasa bermaksud meninggalkan atau berganjak menjauhi sesuatu. Sesuai dengan maksud kalimah ini, hijrah sebenarnya menuntut kita bergerak meninggalkan suatu daerah atau keadaan yang buruk untuk beralih ke suatu keadaan yang lebih baik.

Inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru, Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya orang yang benar-benar berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T”.

Semua ini perlu digerakkan dan dipandu dengan penuh sedar dan keinsafan. Oleh itu, untuk menghayati tuntutan dan iktibar dari peristiwa hijrah, kita perlu merenung jauh ke dalam diri sendiri dengan bermuhasabah.

Muhasabah diri adalah suatu usaha murni yang dapat mengembalikan manusia ke landasan kehambaan. Apatah lagi dengan kehadiran tahun baru hijrah ini, kita merasakan banyak perkara yang perlu dilakukan, dimulakan dan dijayakan.

Muhasabah amat perlu dibuat bagi menjamin sesuatu yang baik yang diimpikan menjadi kenyataan. Justeru, Perlu difahami bahawa muhasabah diri yang perlu kita lakukan terbahagi kepada dua bentuk;

Muhasabah sebelum bertindak.

Ia dilakukan sebaik saja timbul niat dan keinginan untuk berbuat sesuatu. Muhasabah ini akan membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak samada untuk meneruskan niat bertindak atau membatalkannya. Maka apa juga yang kita rancang untuk tahun baru ini pastikan kita mulakan dengan muhasabah sebelum kita memulakannya.

Beruntunglah mereka yang sentiasa membudayakan muhasabah sebegini di dalam hidupnya. Imam Hasan alBasri Rahimahullah pernah berkata:

“Semoga Allah merahmati seorang hamba yang mampu berhenti berfikir sebelum melaksanakan kehendaknya, jika kehendaknya itu kerana Allah dia akan melaksanakannya dan jika kerana selain Allah dia menghentikan niatnya”

Ternyata orang-orang yang dikurniakan dengan ingatan untuk bermuhasabah sebelum bertindak ini adalah orang-orang yang mendapat kasih dan rahmat Allah SWT di dalam hidupnya.

Muhasabah setelah bertindak.

Ia berbentuk kajiselidik dan analisa terhadap apa yang telah kita lakukan. Ia meliputi muhasabah tentang ketaatan yang kita engkari, tentang larangan yang kita cerobohi, juga tentang kesempurnaan dan kekurangan, keuntungan dan kerugian hasil dari tindakan yang telah kita lakukan khususnya sepanjang setahun lalu.

Semua ini akan membentuk kekesalan dan keinsafan lalu menerbitkan azam untuk bertindak lebih baik di masa-masa hadapan.

Kedua-dua bentuk muhasabah ini adalah amalan yang perlu dilakukan oleh setiap muslim di dalam kehidupan mereka. Sempena dengan kehadiran tahun baru Hijrah, amalan ini wajar kita laksanakan dengan sempurna.

Jika selama ini kita belum pernah melakukannya, maka mulakanlah dari sekarang. Sebagai pendorong kita untuk sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah, renungkanlah firman Allah SWT dalam surah Ali -Imran ayat 30 yang bermaksud:

“(Ingatlah) pada hari itu (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mengetahui segala apa yang telah dikerjakannya (sama ada) berupa kebaikan yang dihadapkan ke hadapannya dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Pada ketika itu) tiap-tiap orang (yang bersalah) inginkan kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amal kejahatannya itu. Allah memperingatkan kamu kepada diri-Nya (kemurkaan-Nya). (Ingatlah juga) Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya”.

Untuk memperjelaskan bagaimana proses muhasabah hijrah ini dilaksanakan, berikut dibentangkan kaedah muhasabah yang disusun secara berperingkat sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu alQayyim Rahimahullah:

Mulakan muhasabah diri dengan mengenang semua kefarduan yang wajib ke atas kita untuk menyempurnakannya.

Jika ada yang masih diabaikan berazamlah untuk menyempurnakannya.

Muhasabah diri terhadap maksiat, kemungkaran dan tegahan syariat yang kita lakukan.

Jika ternyata kita masih terlibat dengan semua ini, bertaubat untuk beristighfarlah dan kembali kepada ketaatan.

Muhasabah diri terhadap kelalaian dan kealpaan.

Kembalilah kepada Allah dengan usaha-usaha mengigati-Nya dengan solat berjemaah, mendengar tazkirah, berzikir dan membaca al-Quran.

Muhasbah pada seluruh anggota tubuh kurniaan Allah; lidah, kaki, tangan, mata, telinga dan anggota lain.

Apakah semua nikmat ini masih kita gunakan untuk membina kepuasan nafsu dan dosa kemaksiatan? Adakah telah kita gunakan untuk memburu keredhaan Allah?

Jika masih jauh daripada watak kehambaan, marilah kita kembali ke pangkal jalan, memujuk diri untuk mempersembahkan ketaatan dan kesyukuran, selagi hayat dikandung badan.

Ingatlah bahawa tahun demi tahun yang berlalu pergi adalah realiti usia kita kian menuju ke penghunjungnya, yang setiap detik dimamah peredaran masa. Tahun baru yang hadir ini belum menjanjikan apa-apa sekiranya kita masih hidup bergelumang dengan dosa. Hidup tanpa redha Allah di dunia ini hanya akan mengundang mala petaka dan kesengsaraan yang kekal abadi di neraka.

Lantaran itu, muhasabahlah diri kita, bertaubatlah dari segala dosa, aturkanlah langkah-langkah kehambaan penuh kesetiaan pada Yang Maha Esa, agar kita beroleh keberkatan di dalam kehidupan di dunia ini sebelum mendapat keredhaan Allah yang abadi di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan pimpinan taufiq kepada hamba-hamba-Nya yang sudi menyelusuri jalan-jalan ketaqwaan dan kehambaan padaNya. Firman Allah SWT dalam surah AlAnkabut ayat 69 yang bermaksud:

”Orang yang berusah dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya”.

Usaha-usaha membangunkan kejayaan samada di dunia apatah lagi di akhirat perlu dimulakan dengan muhasabah. Dengan bermuhasabah, kita akan mengenali diri kita, kekuatan dan kelemahan, prestasi dan kekurangan, keperluan dan kelebihan yang sedia ada di dalam diri. Muhasabah akan membuatkan kita bertambah bersedia untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang menjadi penghalang kejayaan.

Di samping itu kita perlu membuka ruang-ruang dan mengatur langkah-langkah yang boleh membantu kita untuk kuat bermujahadah. Antaranya ialah dengan terus mempertingkatkan ilmu dan kefahaman agama, melazimi akhlak yang mulia dalam pergaulan, berkawan dengan kelompok orang-orang yang baik, mengembalikan hak-hak orang kita zalimi di samping terus bertaubat kepada Allah SWT.

Semoga kehadiran tahun baru hijrah 1433 ini akan benar-benar menganugerahkan kita sebuah keazaman dan kekuatan untuk membangunkan jiwa tauhid dan kehambaan kepada Allah ‘Azza wa Jalla hasil dari muhasabah yang dilakukan.

Marilah kita renungkan intipati kandungan perkara di atas untuk dijadikan pedoman, antaranya ialah;

Hijrah yang memberi maksud berpindah ke suatu daerah atau keadaan yang lebih baik sewajarnya menjadi suatu iktibar agung yang perlu dihayati oleh seluruh umat Islam.

Muhasabah di ambang Tahun Baru Hijrah akan menjadikan kita insan yang sedar dan peka kepada tuntutan supaya menjauhkan diri daripada kemungkaran dan kemurkaan Allah SWT kepada berubah menjadi insan yang taat dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Kita perlu yakin bahawa kita pasti akan dibantu dan dipandu dalam melakukan usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“(Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang yang hanya memberi minum orang yang mengerjakan haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredhaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal”.

(Surah At-Taubah : 20-21)

Sila rujuk Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Generasi Al-Quran Generasi Rabbani
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan hadirnya peristiwa besar Nuzul Al-Quran hari ini marilah kita menggandakan amal ibadah dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan, sebagai rujukan dan sebagai pembentuk jiwa agar kita begitu hampir dan bertaqwa kepada Allah SWT, dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan mendapat kebaikan di dunia mahupun di akhirat.

Al-Quran diturunkan bertujuan untuk memimpin dan menunjuki manusia ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 9: bermaksud;

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat benar (agama Islam), dan menyampaikan berita gembira yang menggembirakan bagi orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”.

Rasulullah SAW telah berjaya mentarbiyyah dan membina para sahabat sebagai Generasi Al-Quran,  yang benar-benar faham tentang al-Quran sehingga sanggup berkorban kerana Allah. Ada di antara mereka sanggup mengorbankan jiwa dan raga lantas gugur syahid sebagai syuhada.

Sebahagiannya pula, setiap inci tubuh badan mereka dipenuhi dengan luka-luka kesan libasan pedang, sebahagiannya sanggup menyerahkan harta benda mereka untuk Allah. Ada yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Namun mereka tidak pernah merasa rugi dengan kehilangan semua itu, malah mereka sanggup berjuang dan berjihad semata-mata mempertahankan aqidah dan membela agama Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 23: maksudnya;

“Antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran serta mereka pula tidak berubah sedikit pun (apa yang mereka janjikan)”.

Inilah generasi Al-Quran yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah SAW daripada kalangan sahabat sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan berjaya dianuti oleh sebahagian besar umat di dunia ini.

As-Syahid Syed Qutub telah menulis dalam kitabnya maa’lim fit-tariq, bahawa para sahabat baginda adalah generasi Al-Quran terbaik yang pernah lahir di tengah umat manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 110: maksudnya;

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”

Syed Qutub mempersoalkan kenapa generasi terbaik Islam tidak muncul pada hari ini, sedangkan Al-Quran dan hadis masih berada di tangan umat Islam dan ianya tetap terpelihara seperti zaman sebelumnya?

Beliau memberikan jawapan bahawa generasi Al-Quran hanya akan dapat dilahirkan kembali apabila umat Islam memiliki dan melaksanakan tiga langkah seperti yang dilakukan oleh Nabi dan di kalangan generasi sahabat terdahulu.

Langkah-langkah tersebut ialah:

Umat Islam perlu mencintai Al-Quran dan menjadikannya sebagai satu-satunya sumber rujukan dalam kehidupan. Ini bermakna, Al-Quran harus ditanam dalam hati dan fikiran, serta menjadi roh dalam setiap nafas kehidupan.

Umat Islam hendaklah memiliki ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap perintah-perintah Allah dalam Al-Quran. Al-Quran mestilah dipelajari tidak hanya untuk menjadi bahan kajian dan diperdengarkan bacaan semata-mata, tetapi benar-benar untuk dilaksanakan. Syed Qutub menjelaskan, Al-Quran perlu disatukan dalam jiwa raga umat Islam dan digunakan dalam kehidupan mereka. Al-Quran tidak sepatutnya hanya tersimpan dalam karya-karya ilmiah semata-mata, tetapi ia mesti difahami dan diamalkan.

Syed Qutub turut menegaskan bahawa umat Islam hendaklah meninggalkan jahiliah moden termasuk cara hidup serta pemikirannya.

Marilah sama-sama kita mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi Rabbani yang dapat melaksanakan seluruh tuntutan Al-Quran dalam kehidupan. Usaha tersebut dapat dicapai dengan melaksanakan langkah-langkah berikut :

Menjadikan Al-Quran sebagai hidayah atau petunjuk. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 2: maksudnya;

“Kitab Al-Quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datangnya daripada Allah S.W.T dan sempurnanya); kemudiannya ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa”.

Hendaklah berpegang kepada agama Islam sahaja sebagai agama yang hak dan benar serta diredhai oleh Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 3: maksudnya;

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu”.

Mentauhidkan Allah dengan aqidah yang sahih. Firman Allah dalam Surah Al-Ikhlas ayat 1-4: maksudnya;

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun Yang sebanding dengan-Nya”.

Menjadikan Al-Quran sebagai neraca dalam menentukan antara kebenaran dan kebatilan. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 42: maksudnya;

“Dan janganlah kamu mencampur-adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula pada hal kamu semua mengetahuinya”.

Mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Firmannya dalam Surah An-Nisa’ ayat 36: maksudnya;

“Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya Dengan sesuatu pun ”.

Menjadikan Islam sebagai paksi perpaduan sesama ummah dengan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama. Allah berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 59: maksudnya;

“Wahai orang Yang beriman, Taatilah Allah dan Taatilah Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang Yang berkuasa) daripada kalangan kamu. kemudian jika kamu berselisih pandapat Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih baik pula akibatnya”.

Membina sahsiah dan akhlak ummah berlandaskan Al-Quran sebagaimana dijelaskan oleh Aishah mengenai peribadi Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud:

“Adalah keseluruhan akhlaknya ialah Al-Quran”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Menegakkan hukum dan syariat Allah SWT. Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 105: maksudnya;

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau mengadili di antara manusia dengan apa yang telah diwahyukan oleh Allah kepadamu; janganlah Engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat”.

Ayuhlah, umat Islam sekalian kembalilah kita mengagungkan Al-Quran, jadikanlah ia rujukan dan tegakkanlah hukum-hakamnya untuk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan dengan itu dapatlah kita melahirkan generasi rabbani serta akan mendapat kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu daripada jalan Allah, itulah yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, mudah-mudahana kamu bertaqwa”. (Al-An’am :153)

Sumber : JAIS

Ramadan Mulia Pahala Diganda
Saya berpesan kepada pembaca dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Pada bulan Ramadhan yang suci ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan untuk membaiki dan meningkatkan prestasi diri agar dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kita kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Bulan yang penuh keberkatan ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman kerana setiap saat ada ganjaran pahala yang berganda-ganda melebihi yang biasa. Hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh ganjaran, malam-malamnya adalah malam yang paling berkat dan setiap minit dan jam adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat Baginda. Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah SWT telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan di buka segala pintu syurga dan di kunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT sememangnya kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau kecil. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, Allah SWT telah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan sebagai bulan untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan iman dan akhlak manusia. Justeru bulan yang mulia ini dilipat ganda ganjaran pahala khususnya bagi membersihkan segala dosa serta mengembalikan fitrah akhlak manusia. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”(Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW pernah berpidato ditengah-tengah para sahabat di akhir bulan Sya’ban, di antara isi pidatonya:

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan di datangi dengan satu bulan yang agung dan penuh berkat. Di bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di bulan itu juga Allah menjadikan puasa sebagai kewajipan dan solat malam sebagai bentuk ibadah. Barangsiapa berusaha mendekat diri kepada-Nya dengan satu bentuk ibadah sunat, maka pahalanya seperti melakukan ibadat fardu di luar bulan ini dan barangsiapa melakukan ibadat fardu dalam bulan ini, maka pahalanya digandakan 70 kali .

Ia adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga, Ia adalah bulan kebersamaan, bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman akan ditambah. Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka kepada orang lain, maka dosa-dosanya akan di ampuni dan dibebaskan dari api neraka.

Dan satu hadith Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipatgandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk –Ku .Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk.” (Riwayat al-Bukhari)

Bagi memperolehi ganjaran pahala yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan maka jiwa kita hendaklah diasuh dan diasah untuk mendekati dengan Allah SWT serta bermujahadah melawan hawa nafsu. Pada bulan Ramadhan tugas untuk mengawal hawa nafsu dipermudahkan oleh Allah SWT melalui latihan-latihan dan keistimewaan yang disediakan secara khusus antaranya ialah kewajipan ibadat puasa.

Ibadat Puasa yang dilakukan dengan sempurna mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agar diri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh. Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan diperbolehkan Allah SWT. Dia hanya berada di tempat yang mendatangkan keredhaan Allah SWT dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan-Nya.

Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum malah seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah turut berpuasa. Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti bersolat taraweh, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT di dalam usaha mencari keredhaan-Nya. Ingatlah bahawa amalan wajib dan sunat di sepanjang bulan ini merupakan latih tubi insan kepada pembersihan hati, mendisiplin anggota badan, mengukuhkan akhlak dan mencegah penyakit.

Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan peluang ganjaran pahala yang di janjikan oleh Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan dengan menjana kekuatan jati diri kita untuk beribadat kepada-Nya. Bulan impian ini merupakan anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.

Marilah sama-sama kita memenuhi masjid dan surau untuk melakukan ibadah terutamanya solat taraweh dan bertadarus al-Quran yang banyak keistimewaannya.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”

Sumber : JAKIM

Haram Menyambut Hari Kekasih
Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Selari dengan tuntutan ini, ingin diperkatakan di sini perihal: “Haram Menyambut Hari Kekasih“.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine ‘s Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.

Hari Kekasih juga digelar sebagai Valentine ‘s Day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka.

Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan pasangan Islam di negara ini, turut meraikan “Hari Valentine” ini. Mereka meraikannya kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui sejarahnya.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Hari Valentine dalam Islam. Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang

bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.

Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal ayat 63:

“Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana“.

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara.

Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan “Daripada Valentinemu”. Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad s.a.w., wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain.

Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: ”Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?“.

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut. Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam.

Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! Segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah diterima dalam masyarakat kita. Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya “Hari Kekasih” yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam. Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia.

Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka. OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Marilah sama-sama kita renung beberapa perkara penting sebagai rumusan dan peringatan bagi kita semua, antaranya:

Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.

Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.

Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.

Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang yang Kami berikan kitab kepada mereka, sedangkan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belitkan maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepada-Nya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi“.

(Al-Baqarah: 120-121).

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Jauhi Zina
Sekarang ini kedengaran pelbagai isu terutama yang melibatkan gejala sosial dalam masyarakat oleh sebahagian remaja bahkan orang dewasa seperti pergaulan bebas yang menyebabkan pelbagai gejala tidak baik seperti zina, hubungan seks bebas dan sebagainya. Dalam hubungan ini JAIS melalui pendekatan dakwah, melancarkan Gerakan Anti Zina dan Kaunseling yang bertujuan untuk membendung dan mencegah dari berleluasa.

Ketahuilah, zina diertikan sebagai hubungan terkutuk dan merupakan antara tujuh dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69 yang bermaksud:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan”

Apa itu zina ?

Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuk kegiatan-kegiatan pelacuran atau apa juga perbuatan lain yang membawa keseronokan nafsu dan syahwat. Zina adalah perbuatan mungkar yang mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pembinaan generasi institusi keluarga dan masyarakat. Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina adalah perbuatan yang sangat keji kerana ia membawa kepada jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia dan azab di akhirat. Ini juga ditegaskan oleh baginda saw, riwayat Al-Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat Islam sebelum mereka”

Perbuatan salah laku zina, homoseks dan lesbian adalah berpunca daripada perkembangan teknologi dan komunikasi masa kini yang gagal dikawal sepenuhnya. Pelbagai jenis gambar lucah sama ada dalam bentuk foto mahu pun video terlalu mudah diakses melalui internet. Sebahagian rancangan televisyen pula banyak menyajikan kisah-kisah percintaan yang hanya menambahkan rasa ghairah penonton. Manakala gejala-gejala hiburan melampau yang merangsang nafsu dan menjadi keseronokan seolah-olah telah menjadi budaya kehidupan seharian.

Dalam masa yang sama, peniaga VCD lucah mengambil kesempatan menjual secara bebas dan berleluasa. Telefon mudah alih juga telah disalahguna dengan mengirim gambar atau video lucah. Kesemua perkara itu adalah faktor pendorong kepada pelbagai perlakuan maksiat dan perzinaan.

Perangkaan sumber Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan anak luar nikah Melayu/Islam yang didaftarkan dari tahun 2005 hingga tahun 2009 mencatatkan sebanyak 74,723 orang.

Fenomena yang berlaku itu, perlulah kita sama-sama menyedari dan menginsafi akan kesan yang akan membawa kerosakkan kepada keturunan institusi keluarga dan boleh memporak-perandakan masyarakat.

Antara langkah-langkah yang dapat kita dilakukan segera oleh umat Islam ialah:

Sebaiknya kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan membaca Al-Quran dan menghidupkan budaya ilmu di kalangan umat Islam. Peranan institusi keluarga mentarbiyah dan mengawasi pergerakan anak-anak mestilah dipertingkatkan dan memastikan hanya Islam sebagai asas pembinaan keluarga ke arah pembinaang Baiti Jannati h iaitu (Rumahku Syurgaku).

Pembentukan insan soleh oleh institusi pendidikan hendaklah ditingkatkan, bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi melahirkan kesedaran dan kefahaman yang boleh memandu generasi pelajar ke arah mencapai kehidupan yang berlandaskan agama. Forum dan pengajian agama di masjid dan surau hendaklah dihadiri demi membentuk jatidiri insan yang mulia di sisi Allah.

Setiap individu hendaklah berperanan membendung gejala pergaulan bebas di kalangan remaja dan semua peringkat umur. Konsep Ad-Din Nasihah iaitu (Agama Itu Nasihat). Penyusunan aktiviti dan program hendaklah dilaksanakan bagi membendung gejala-gejala ini. Peranan Masjid, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan ahli masyarakat hendaklah proaktif dalam melaksanakan tanggongjawab yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang berlandaskan Islam dan kerjasama yang bersepadu melibatkan semua pihak untuk membanteras kegiatan pelacuran segala bentuk jenayah syariah akan terus dipertingkatkan dari masa ke masa. Seharusnya semua pihak hendaklah menyokong usaha itu dan bukannya mencela atau mempersoalkannya di media-media.

Mengamalkan cara hidup Islam dengan menggalakkan pasangan belia yang telah cukup syarat untuk berkahwin kerana hanya sistem perkahwinan dapat membendung pelakuan zina, homoseks dan lesbian. Dengan cara inilah mereka akan mendapat nikmat perhubungan suami isteri yang sah dan zuriat yang suci untuk menyambung keturunan mereka.

Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nur ayat 32 bermaksud;

“Dan kahwinkanlah orang bujang di kalangan kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya), lagi Maha Mengetahui”.

Meyakini dengan pendekatan Islam sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah ini. Pihak berkuasa pula hendaklah memainkan peranan yang amat penting bagi melaksanakan hukum Islam dalam usaha menegakkan yang mafaruf dan mencegah yang mungkar. Kita hanya meyakini sekiranya Islam ditegakkan baharulah masalah-masalah ini akan selesai.

Pihak kerajaan juga disarankan untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan gejala seks bebas daripada terus berleluasa, antaranya;

Membenarkan pihak polis memeriksa telefon bimbit remaja atau pelajar sekolah untuk mengelakkan mereka daripada menyimpan bahan-bahan lucah.

Menguatkuasakan peraturan bagi menghalang remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam.

Menyekat laman web lucah, mengawal siber kafe dan penjualan perisian tidak bermoral.

Islam melihat setiap kali perubahan waktu, hari dan tahun yang di tinggalkan seharusnya bersikap hari ini adalah lebih baik dari semalam. Kerana itu kita dituntut supaya memperkuatkan azam dan tekad seawal-awal pagi lagi sewaktu membaca doa itu kita panjatkan pengharapan kita kepada Allah bagi mengharungi sepanjang hari dengan amal yang mulia.

Seorang Muslim yang kuat mempunyai semangat serta keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Minda umat Islam perlu disi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Tidak kira apa jua kerja yang diceburi, seharusnya ia memberi manfaat kepada diri dan agamanya. Masa yang terluang perlu disi dengan kerjakerja yang bermanfaat. Usah biarkan diri kita dilalaikan lagi dengan budaya hiburan dan keseronokan yang sementara. Kepada anak muda, merekalah harapan umat Islam dan kepimpinan negara.

Elakkan segala unsur hiburan yang merosakan dan pergaulan bebas yang boleh membuka kepada perlakuan zina. Kita tidak mahu lagi mendengar dan membaca di akhbar-akbar akan perilaku manusia memperlihatkan perbuatan yang lebih rendah daripada haiwan dalam isu-isu hamil luar nikah, kes pembuangan bayi yang berpunca pergaulan bebas. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan insan yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah kamu  dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukuman Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh sekumpulan daripada orang yang beriman”.

(An-Nur : 2)

Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kita kepadaAllah S.W.T. dengan melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh kesabaran dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan bersabar, berusaha keras dan bertakwa kepada Allah kita akan mendapat balasan baik di dunia dan di akhirat kelak.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Pengorbanan Kembali Kepada Islam
Ibadah haji mengembalikan kenangan agong yang berlaku kira-kira 5,000 tahun yang lampau melibatkan pengorbanan nabi Ibrahim AS dan keluarganya dalam mentaati perintah Allah. Dalam mencapai pengorbanan yang agong ini nabi Ibrahim telah menghabiskan segenap usianya untuk berbakti kepada tuhan, meletakkan batu asas supaya manusia kembali kepada agama Allah.

Selain menjadikan kota Mekkah sebagai pusat gerakannya, baginda kemudian berpindah dari satu daerah ke satu daerah, dari wilayah Iraq sampai ke Palestin, terus ke Mesir. Ditinggalkan isterinya Hajar bersama putranya Ismail di tanah tandus yang tidak berair itu sehingga terpancarlah air zamzam untuk memberi minum kepada mereka.

Apabila baginda kembali ke Makkah, diperintahkan tuhan menyembelih puteranya Ismail, dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan. Maka diganti oleh Allah SWT dengan haiwan iaitu kibas yang dijadikan korban sembelihan. Kemudian bersama putranya membina semula Baitullah yang menjadi kiblat kaum muslimin hingga sekarang.

Pengorbanan besar nabi Ibrahim dan keluarganya kepada Allah SWT dapat dilihat dalam kalimah talbiah yang berbunyi, Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu.

Lafaz talbiah yang diucapkan oleh nabi Ibrahim AS dan keluarganya memberi pengertian yang besar dalam kehidupan umat Islam. Apa yang nyata talbiah ini adalah ikrar yang dilafazkan jemaah haji di seluruh tanah haram Mekkah semata-mata untuk bertakwa kepada Allah SWT, tanda kerinduan kepada Allah yang Maha Esa dan bersiap sedia untuk berkorban kembali kepada Islam dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Kekuatan ibadah haji terletak kepada penghayatan lafaz talbiah ini yang dizahirkan melalui amalan tawaf, Sai’, wuquf, bermalam di Muzdalifah, melontar di Jamrah, bercukur dan ibadah yang lain.

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menerangkan bahawa dengan mengerjakan ibadah haji seseorang muslim menunjukkan kerinduannya yang mendalam kepada tuhan. Ditinggalkan kampung halaman, anak isteri, keluarga serta sahabat dan berangkat mengharungi lautan yang luas, meredah angkasa, mengharungi daratan yang terbentang menuju ke tanah suci dan Baitullah sematamata untuk mengabdikan dan kembali kepada ajaran Islam seperti mana ikrar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim, nabi Ismail dan nabi Muhammad SAW ketika berada di tanah suci Mekkah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 4: Maksudnya:

” Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan pengikutpengikutnya contoh ikutan yang baik”.

Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima selepas mengucap kalimah syahadah, solat, berpuasa, dan menunaikan zakat. Mereka yang melaksanakan ibadah haji ini hakikatnya menjadi simbul telah sempurna keimanan dan penghayatan melaksanakan perintah Allah.

Mereka melafazkan lafaz talbiah sebagai mengistiharkan dan berikrar untuk kembali dan berkorban mempertahankan ajaran Islam sepenuhnya. Sebab itulah mereka yang menunaikan ibadah haji dan mempertahankan sifat-sifat mahmudah atau sifat yang terpuji yang membawa kebaikan kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara dianggap sebagai mendapat haji mabrur.

Sambutan Hari Raya Korban atau Iduladha adalah merujuk kepada pengorbanan kembali kepada Islam kerana Islam adalah agama Allah. Menerima Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam sepenuhnya tidak akan merugikan, menyusahkan dan tidak menjatuhkan maruah seseorang.

Berdasarkan pemerhatian, terdapat umat Islam mengalami perasaan ragu-ragu untuk menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan mereka mengamalkan Islam secara terpisah-pisah atau secara serpihan. Ada yang mengamalkan solat, puasa, haji tetapi pada masa yang sama pula bergelomang dengan maksiat.

Lantaran kealpaan inilah kita lalai dalam melaksanakan tangungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu lalai dari tangungjawab yang sebenarnya antaranya ialah kerana mereka ini sukakan kehidupan dunia dan benci kepada kematian, sedangkan perlu diingat suatu hari nanti kita akan berhadapan dengan Allah dalam keadaan bersendirian.

Cinta kepada dunia datang dengan pelbagai bentuk seperti cintakan kemewahan, kesenangan, keamanan, kesihatan, kedudukan dan pangkat. Lantas dengan perkara ini kita menjadi lalai dan tidak mampu mengorbankan apa jua yang ada pada kita di jalan Allah SWT.

Kita beranggapan segala yang kita perolehi adalah hasil dari usaha kita sendiri tanpa menghubung kait dengan pemberian dari Allah SWT. Kita lebih mengutamakan kerja daripada melaksanakan perintah Allah, lalai untuk mengorbankan sedikit waktu untuk sujud dan patuh kepada perintah-Nya dan ada juga yang belum mampu untuk mengorbankan sedikit hasil pendapatan dan harta kerana dikhuatiri kekayaan dan harta itu akan berkurangan, justeru kita lebih suka memikirkan kepentingan diri daripada kepentingan umun.

Ibadah haji yang sedang dilaksanakan pada saat ini sebenarnya memupuk semangat berkorban sesama umat Islam, menjaga hubungan persaudaraan, bersatu hati, menghindari sikap mementingkan diri sendiri. Prinsip-prinsip inilah yang akan membentuk kekuatan yang perlu difahami dan dijunjung oleh setiap individu muslim pada ketika ini.

Umat Islam yang longgar atau mengenepikan prinsipprinsip pengorbanan ini membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Oleh itu pengorbanan antara satu sama lain adalah agenda umat yang paling dituntut.

Marilah sama-sama kita mengorbankan sedikit kepentingan diri demi mengatur langkah bagi memperkukuhkan dan memperkasakan ukhwah sebagai agenda utama dalam menentukan masa depan umat Islam itu sendiri.

Pengorbanan yang sebenarnya adalah pengorbanan yang berasaskan kepentingan Islam. Inilah pengorbanan yang mesti dilakukan oleh setiap kita, demi membela dan menyelamatkan Islam dan umatnya. Kesemua ini menuntut pengorbanan jiwa raga dan harta benda dengan bertunjangkan kepada niat yang ikhlas dan ketakwaan kepada Allah SWT. Ingatlah wahai umat Islam sekalian setiap pengorbanan tanpa keiklasan dan ketakwaan kepada Allah SWT adalah sia-sia belaka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat37 : Maksudnya:

Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.

Lafaz talbiah yang menyeru kita kembali dan berkorban untuk Islam telah menyedarkan kita, menginsafkan kita bahawa agama Islam menjadi asas kekuatan umat Islam di negara ini. Kelemahan kita mempertahankan Islam akan menjerat bangsa kita menjadi bangsa yang tiada identiti dan jati diri.

Marilah kita mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini, untuk membina keutuhan tali persaudaraan diantara kita dengan ziarah-menziarahi dan bermaaf- maafan sesama kita. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam, maka sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan tersebut.

Di sini ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebagai renungan kita bersama :

Iduladha yang kita rayakan ini mengajar kita erti pengorbanan dan sesungguhnya pengorbanan itu adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya bagi seluruh umat Islam.

Ibadat haji secara tidak langsung mendidik kita supaya bersikap dengan nilai-nilai yang positif serta dituntut di dalam Islam seperti sabar, tolong- menolong, bertolak ansur, merendah diri, bersyukur, redha, istiqamah, tawakkal dan sebagainya. Disamping itu juga, ia mendidik kita menjauhi nilai-nilai negatif seperti mementingkan diri sendiri, tidak sabar, tamak, bangga diri, hasad dengki dan seumpamanya.

Pengorbanan kembali kepada Islam adalah yang berasaskan kepada keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar ayat 1-3 7  Maksudnya:

Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu(wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak(di dunia dan akhirat). Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diinginnya).

Marilah pada hari yang penuh bahagia ini kita melafazkan rasa kesyukuran di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya disekeliling kita masih terdapat golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan daripada kita.

Umat Islam akan melakukan ibadat korban bagi meninggikan syiar Islam. Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Dengan ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak menerima ibadat yang dilakukan sambil lewa, tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mengabaikan soal kesempurnaan ibadat yang hendak dilaksanakan. Oleh itu ketelitian dan kesungguhan dalam melakukan apa jua kerja mestilah di beri perhatian oleh semua umat Islam.

Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amalan yang ikhlas. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah SWT dan sia-sialah amalan yang kita lakukan.

Pengagihan daging korban dapat membantu meringankan beban, mempertingkatkan kualiti hidup dan mengeratkan silaturrahim di antara umat Islam itu sendiri. Selain daging korban, umat Islam juga boleh menghantar sumbangan dalam pelbagai bentuk tanda kasih sayang sesama kita, walaupun harga sebahagian binatang korban semakin meningkat, namun ianya tidak menjadi penghalang bagi yang mampu kerana ganjaran pahalanya yang besar.

Semua menyambut baik usaha yang telah dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu seperti masjid-masjid, surau-surau, NGO dan pertubuhan Islam lain yang menjalankan ibadat korban di negara-negara minoriti Islam seperti Kemboja, Vietnam, Filipina bagi menyahut seruan suci ini.

Paling penting adalah mereka yang mengorbankan harta dan binatang ternakan bagi tujuan suci ini dengan penuh ketakwaan dan hati yang ikhlas kepada Allah SWT. Semua juga amat menghargai sumbangan jemaah dan umat Islam sekalian yang menghidupkan ibadat korban samada di peringkat kampung, taman perumahan mahupun di luar negara.

Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas baginda nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan salawat dan salam sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56:  Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pemimpin Yang Amanah
Perkembangan tamadun manusia pasti mencatatkan bahawa berdirinya sesebuah pemerintahan. Semuanya terbina dengan adanya pemimpin yang berkaliber. Kehidupan rakyat tanpa pemimpin yang memandu halatuju mereka hanya akan membawa pelbagai kemelut dalam masyarakat dan negara.

Pemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 yang bermaksud;

“Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Islam memandang isu kepimpinan suatu perkara yang amat besar. Beberapa nota penting yang perlu kita ketahui berkaitan kepimpinan iaitu :

Islam menganggap setiap individu adalah pemimpin sama ada pemimpin masyarakat, persatuan dan sebagainya.

Sesungguhnya melantik pemimpin adalah tuntutan syariat. Islam menyarankan bagi perkumpulan manusia yang berjumlah tiga orang dan lebih agar memilih salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Jelas kepada kita keutamaan melantik ketua dan membentuk organisasi dalam perkumpulan manusia yang ramai adalah penting.

Hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin yang jujur dan amanah.

Sesungguhnya tidak akan terlaksana pergerakan sesebuah kumpulan atau organisasi kecuali dengan adanya pemimpin dan pengikutnya yang taat.

Kepimpinan Islam dalam semua peringkat organisasi hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi cirri-ciri seorang pemimpin yang ikhlas dan bertawakkal kepada Allah. Pemimpin sanggup turun padang bertemu rakyat, melihat sendiri penderitaan, kemiskinan, kesakitan mereka sambil membantu dengan penuh keikhlasan.

Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah s.a.w awal-awal lagi menegaskan supaya umatnya menjadi pemimpin yang amanah. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghifari berkata kepada Rasulullah yang bermaksud:

"Tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi pemimpin wilayah?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia adalah sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya." (Riwayat Muslim)

Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikannya. Islam mengajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya, akan tetapi apa yang ditanya kelak ialah mengapa tidak berusaha menunaikan amanah?

Menyedari besarnya amanah sebagai pemimpin, setiap individu yang menggalas tanggungjawab ini hendaklah sentiasa ingat bahawa semua perkara perlu kepada pergantungan kepada Allah SWT. Semua kelancaran tugas, kejayaan dalam mencapai matlamat tidak akan berhasil kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah Ta’ala. Iltizam dalam kerja, kuatkan tawakkal dan pohonlah bantuan daripada Allah SWT.

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu system kepimpinan bagi memastikan pelaksanaan yang syar’ie dan jelas antaranya adalah;

TUGAS SEBAGAI KHALIFAH

Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Baqarah, Ayat 30 yang bermaksud;

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….”

Para ulama’ menjelaskan bahawa tugas khalifah ialah meneruskan tugas Nabi dan Rasul dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya(agama). Dalam takrifan ini, kita dapati dua perkara yang penting dalam tujuan kejadian manusia iaitu menjaga agama (amar maaruf nahi mungkar) dan mentadbir dunia (berdasarkan syariat Allah)

Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan ‘peruntukan-peruntukan kuasa’ yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi.

Pemimpin mestilah yakin untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali Imran, ayat 19 yang bermaksud;

”Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam…”

MENYAMBUNG TUGAS RASUL

Bahawa Rasulullah saw merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul, namun tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman. Oleh itu, perlulah diwujudkan pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk menyambung tugas para rasul yang terdahulu. Walaupun tugas para rasul ini sewajarnya diteruskan oleh semua umat Islam.

IBADATULLAH (PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH)

Semua manusia adalah hamba Allah. Sama ada mereka orang biasa ataupun pemimpin mereka terletak di bawah tujuan mereka diciptakan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala di dalam Surah az-Dzariat, ayat 56 yang bermaksud;

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”

Imam Abu Yusuf r.a menulis kepada khalifah Harun ar-Rasyid menasihati beliau:

“Wahai Amirul-Mukminin, sesungguhnya bagi Allah sahajalah segala pujian, yang telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar….”

Hal ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan ini termasuk di dalam perkara ibadat yang menjadi sebahagian daripada hikmah kejadian manusia. Oleh itu, kepimpinan tidak boleh lari daripada persoalan dosa dan pahala, halal dan haram dan sebagainya.

KEMASLAHATAN UMMAH

Pemimpin hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara. Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.

Kesimpulannya, marilah kita berusaha bersama-sama menjadi pemimpin yang melaksanakan amanah kepimpinan seperti yang dituntut oleh Islam. Apabila kita melaksanakan tugas dengan penuh keadilan dan kerendahan diri kepada Allah S.W.T, maka yakinlah bahawa itu adalah merupakan usaha kita untuk merintis jalan ke syurga yang akan dapat dinikmati buat selama-lamanya.

Justeru, kita hendaklah muhasabah diri, adakah telah sempurna amanah dan kepimpinan yang ditugaskan kepada kita? Mohonlah pertolongan dan bantuan Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan beban amanah dan kepimpinan ini, demi keselamatan dan kemaslahatan hidup kita di dunia yang sementara ini dan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Surah Al=Ahzab ayat 36 yang bermaksud;

“Tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka mempunyai pilihan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor

Badan Bersih Hati Tenang
Dalam Islam menjaga kebersihan diri dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222 Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.

Oleh yang demikian untuk menjaga kebersihan diri dan membina persekitaran serta suasana yang bersih, maka menjadi keutamaan kepada kita untuk menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran dititik-beratkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

‘Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya”.dan sabdanya lagi dengan maksud : ‘Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.

(Riwayat at- Tabarani)

Apa yang dapat difahami bahawa membersihkan badan seperti mandi, mencukur misai, memotong kuku serta mencukur bulu adalah amalan yang dituntut oleh Islam. Amalan-amalan seperti itu perlulah dilakukan oleh setiap daripada kita kerana ia merupakan usaha untuk mengelakkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit di samping menjadi lambang kecantikan, kekemasan, kebersihan dan nilai personaliti orang Islam. Menjaga kebersihan ini dapat diperolehi dengan melakukan ibadat-ibadat khususnya seperti berwuduk, bersolat, berpuasa dan sebagainya.

Ibadah wuduk memiliki kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT. Ianya merupakan kunci permulaan bagi satu ibadah yang paling mulia di dalam Islam iaitu solat. Sewajarnya sebelum kita mendirikan solat, hendaklah badan kita dibersihkan dan jiwa dikosongkan dari memikirkan apa jua perkara berkaitan dengan kehidupan seharian yang telah dan bakal dilalui.

Dengan mengambil wuduk secara sempurna dapat menenangkan jiwa seseorang dan dapat membantu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadah solat. Air yang dipergunakan untuk berwuduk bukan sekadar akan menyegarkan tubuh badan tetapi ianya juga dapat mengembalikan tenaga sehingga membolehkan melakukan ibadah solat dengan sempurna mungkin. Dengan berwuduk dapat membersihkan anggota-anggota badan yang sentiasa terdedah kerana tidak ditutupi pakaian dan juga boleh menghilangkan jangkitan kuman, habuk-habuk daripada terus melekat dibadan atau di dalam rongga-rongga.

Solat yang pada hakikatnya merupakan satu ibadah di mana seseorang sedang bermunajat kepada Allah SWT secara langsung.  Oleh itu adalah lebih wajar bagi kita untuk membersihkan anggota badan melalui wuduk sebelum bertemu dengan Allah SWT ketika bersolat. Ibadah wuduk ini mempunyai peranan yang berkesan bukan sahaja dari segi rohani malah juga dari segi fizikal. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah menyatakan bahawa: Sunnah Rasulullah datang dengan membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan manusia, sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari kekotoran rohani.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ketika salah seorang daripada kamu bangun dari tidur maka hendaklah menghirup air ke hidung dan mengeluarkannya kembali sebanyak tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di batang hidungnya.

(Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang sentiasa berwuduk dan mengambil wuduk dengan sempurna akan mendapat banyak kelebihan dari Allah SWT. Antaranya anggota-anggota wuduk tersebut akan bercahaya di akhirat dan Rasulullah SAW akan dapat mengenali umatnya melalui cahaya tersebut. Diriwayatkan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana baginda dapat mengenali umatnya yang belum pernah ditemui setelah wafatnya baginda. Lalu baginda bersabda dengan maksudnya:

Tahukah kamu seandainya seseorang mempunyai kuda belang putih di kening dan kakinya yang berada di antara kuda-kuda yang hitam kelam, bukankah dia dapat mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah, Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka umatku akan datang kepadaku dalam keadaan putih bercahaya di kening dan kaki kerana cahaya wuduk dan aku menanti mereka di sebuah telaga”.

Ibadah wuduk dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah SWT dan akan diberi ganjaran syurga di akhirat. Mereka yang berwuduk dengan sempurna akan dihapuskan segala dosa-dosa yang lalu selagi mana ia tidak termasuk di dalam kategori dosa-dosa besar. Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:

“Bila seorang itu berwuduk lalu berkumur-kumur maka keluarlah dosa-dosa dari mulutnya, jika dia membersihkan hidung, dosa-dosa akan keluar pula dari hidungnya, begitu juga tatkala dia membasuh muka, dosa-dosa akan keluar dari muka sampai dari bawah kelopak matanya. Jika dia membasuh kedua tangan, dosa-dosanya akan turut keluar sampai dari bawah kukunya, demikian pula halnya bila dia menyapu kepala, dosa-dosanya akan keluar dari kepala bahkan dari kedua telinganya. Begitupun tatkala dia membasuh kedua kaki, keluarlah pula dosa-dosa tersebut dari dalamnya, sampai bawah kuku-kuku jari kakinya. Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan solatnya menjadi pahala yang bersih baginya”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berwuduk, kemudian dia menyempurnakan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosa dari jasadnya hingga keluar dari kuku-kukunya.”

(Riwayat Muslim)

Persoalan besar timbul pada hari ini ialah bagaimana kita untuk mencapai wuduk yang sempurna, kerana wuduk ini ada kaitannya dengan sumber utama iaitu air. Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut asalnya adalah terjadi daripada unsur air. Air yang bersih ialah air yang sentiasa mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor.

Berdasarkan pemerhatian, dengan perubahan iklim dan kerakusan manusia untuk mencapai pembangunan maka kebanyakan kawasan tadahan air pada masa ini seperti gunung-ganang, hutan rimba, sungai-sungai, telaga telah dicemari, dan ini akan memberi kesan kepada penyempurnaan terhadap wuduk kita. Perlu diingatkan kerosakan alam sekitar dan pencemaran alam sekitar akan mengancam kebersihan serta bekalan air kepada kita. Insaflah bahawa sebahagian dari khazanah alam dan warisan untuk kegunaan kita dan generasi akan datang janganlah dicemarinya kerana pada masa depan kita akan kehilangan nikmat Allah SWT ini.

Berdasarkan tuntutan Islam, bahawa amalan menjaga kebersihan bermula dari diri sendiri, halaman rumah dan alam sekitar. Oleh itu marilah sama-sama kita menjaga alam sekitar terutamanya sumber air sebagai asas kepada wuduk. Amalan menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar adalah satu amalan yang baik dan mulia. Sekiranya umat Islam tidak menjaga dan mengambil berat terhadap perkara tersebut, mereka akan hidup di dalam suasana yang tidak selesa, gundah gulana,tidak tenteram dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

”Bersihkan halaman-halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman-halaman rumahnya”.

Akhir sekali marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang maksudnya :

" Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. "

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ramadan Bulan Pemutihan Akhlak
Saya berpesan kepada para pembaca dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dalam bulan Ramadhan di mana siang dan malam dipenuhi keberkatan ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ibadat puasa yang memenuhi standard atau kualiti yang ditentukan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menempatkan kita insan yang dikasihi Allah, membawa kebahagian di dunia dan akhirat.

Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana di dalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan amalan kebajikan yang lain. Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh.

Selari dengan keberkatan bulan suci ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga. Berdasarkan ganjaran pahala yang hebat inilah maka Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat baginda.

Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Persoalan besar timbul ialah puasa bagaimanakah yang mampu meraih ganjaran pahala yang hebat itu?. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agar diri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh. Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan diperbolehkan Allah. Dia hanya berada di tempat yang mendatangkan keredhaan Allah dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Abu Umamah berkata Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa mengambil hak seorang muslim, maka Allah Taala mewajibkannya masuk ke dalam neraka dan mengharamkaannya masuk ke dalam syurga. Seorang bertanya , meskipun dari sesuatu yang sangat remeh, wahai Rasulullah’. Ya meskipun barang itu hanya sepotong kayu sugi”. Demikian sabda Rasulullah bahawa hanya sepotong kayu sugi yang diambil dengan tanpa izin pun masuk neraka.

Dengan demikian menurut hadith ini, kita mesti berwaspada mengenai mengambil hak-hak orang lain atau melanggar amanah yang ditetapkan dan perbuatan yang diharamkan. Di dalam al-Quran disebutkan bahwa mereka yang bertakwa akan dimasukkan ke dalam syurga secara berkumpulan dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Takwa yang menjadi tujuan utama kita berpuasa bukanlah perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan para sahabat pun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al- Quran dalam surah at- Taghaabun ayat 16, maksudnya:

“Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (dijalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.”.

Seorang muslim itu adalah orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu. Pertembungan kepentingan antara takwa dan kehendak gelojak hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan konflik dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan kita. Tetapi untuk mencapai kecemerlangan takwa ini, maka seseorang itu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan jihad melawan nafsu. Jika gagal maka kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu.

Salah satu perjuangan hebat yang perlu diamalkan oleh kita ialah puasa wajib Ramadhan. Puasa adalah ibadat yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Tuhannya kerana gerak geri amalan puasa tidak dapat dinilai oleh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah hendaklah turut berpuasa.

Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti bersolat tarawih, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya. Amalan wajib dan sunat yang padat dalam bulan Ramadhan ini memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati, pembersihan dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia dan mencegah penyakit.

Oleh sebab itu terdapat dua penanda aras atau pengukuran menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa Ramadhan kita semata-mata menahan lapar atau kita berpuasa dan dalam waktu yang sama mengambil berat juga aspek pembersihan hati dan akhlak kita. Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”.(Riwayat Bukhari)

Selari dengan prinsip keluarga bertakwa dan soleh yang bermula di rumah, maka mimbar menyeru, marilah para jemaah, ibubapa serta umat Islam hiasilah, bentuklah ahli keluarga kita menjadi insan bertakwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan digilap pula dengan amalan–amalan sunat siang dan malam serta dengan memilih makanan dan premis yang halal di sepanjang Ramadhan. Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.

Sebaagai penutup marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97: maksudnya:

“Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.

Qadha Dan Qadar Ketentuan Ilahi
Kita sebagai makhluk-Nya wajib meyakini tentang qadha’ dan qadar Allah  Subhanahu Wata’ala sebagaimana terkandung di dalam rukun iman yang enam. Beriman kepada  qadha’ dan qadar ertinya kita percaya dan yakin dengan sapenuh hati bahawa Allah  Subhanahu Wata’ala telah menentukan tentang segala sesuatu bagi makhluk-Nya .

Di dalam Masyarakat Melayu kita istilah qadha’ dan qadar kadangkala disebut dengan “Takdir Tuhan” atau “Ketentuan Tuhan”.  Kedua-duanya memberi maksud qadha’ dan qadar.

Berkaitan dengan qadha’ dan qadar, Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah  hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud:

“Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi  segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat  untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan 4 ketentuan, iaitu tentang  rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim) .

Dari hadith tersebut dapatlah kita ketahui bahawa nasib manusia telah  ditentukan oIeh Allah Subhanahu Wata’ala sejak sebelum ia dilahirkan. Walau pun   setiap manusia telah ditentukan nasibnya, ianya tidaklah bererti bahawa manusia hanya duduk diam menunggu nasib  tanpa berusaha dan berikhtiar. Walau apa pun keadaannya, manusia tetap  berkewajipan untuk berusaha, sebab kejayaan sesuatu itu tidak akan datang dengan  sendirinya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Ra’du ayat  11:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah  apa yang ada pada diri mereka sendiri. Apabila Allah menghendaki untuk menimpakan  kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka  tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu,  dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain  Dia”.

Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi jelaslah bahawa setiap perkara yang berlaku  merupakan ketentuan Allah Subhanahu Wata’ala, namun hakikatnya manusia tetap  diberikan peluang oleh-Nya untuk terus berusaha mengubah sesuatu keadaan yang  tidak baik kepada yang lebih baik. Kita harus yakin dengan sepenuh hati bahawa  segala sesuatu yang terjadi pada diri kita, baik yang menyenangkan mahu pun yang susah  adalah atas kehendak Allah Subhanahu Wata’ala.

Kejadian bencana yang sering berlaku seperti banjir besar, gempa bumi, ombak  besar sunami dan sebagainya hendaklah diterima dengan penuh keinsafan dan meyakini kesemuanya itu adalah ujian dari Allah Subhanahu Wata’ala. Kita juga  mesti meyakini bahawa di sebalik kejadian-kejadian itu ada hikmah yang amat  bernilai, seumpama khazanah yang tersimpan di dalam perut bumi yang perlu digali  untuk mendapatkannya.

Segelintir masyarakat kita pada hari ini menjadikan takdir dan ketentuan Tuhan itu  sebagai alasan untuk malas berusaha dan berbuat kebaikan.  Segelintir yang lain  pula meletakkan kesalahan dan kejahatan yang mereka lakukan kepada takdir dan ketentuan.  Sesungguhnya perbuatan-perbuatan seperti ini merupakan satu fitnah yang boleh  menjejaskan kemuliaan agama Islam itu sendiri.  Islam tidak pernah mengajar umatnya supaya malas berusaha. Islam juga tidak  pernah menyuruh umatnya melakukan sebarang bentuk kejahatan.

Pernah terjadi pada Zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab, seorang pencuri  tertangkap dan dibawa ke hadapan Khalifah ‘Umar.  Beliau bertanya: “Mengapa engkau mencuri?”.  Pencuri itu menjawab: “Memang  Allah sudah mentakdirkan saya menjadi pencuri”. Mendengar jawapan demikian, Khalifah  ‘Umar pun marah lalu berkata: “Pukul sahaja orang ini dengan cemeti setelah  itu potonglah tangannya”. Orang-orang yang berada di situ bertanya: “Mengapa hukumannya diberatkan seperti itu?”.  Khalifah ‘Umar menjawab: ” Ya,  itulah yang setimpal. Ia wajib dipotong tangannya sebab mencuri dan wajib  dipukul kerana berdusta atas nama Allah”.

Di dalam sebuah kisah yang lain pada Zaman Nabi Muhammad s.a.w. pernah  terjadi di mana seorang Arab Badwi datang menghadap Nabi. Orang itu datang dengan  menunggang kuda. Setelah sampai, ia turun dari kudanya dan terus menghadap Nabi,  tanpa terlebih dahulu mengikat kudanya. Nabi menegur orang itu, “Kenapa kuda  itu tidak engkau ikat?”.  Orang Arab Badwi itu menjawab: “Biarlah, saya bertawakkal kepada Allah”.  Nabi pun  bersabda: “Ikatlah kudamu, setelah itu bertawakkallah kepada Allah”.

Terdapat banyak hikmah yang amat berharga bagi kita apabila kita meyakini dan  redha dengan sepenuhnya segala ketentuan Ilahi.  Di antara hikmah tersebut ialah:

1.           Melatih diri untuk bersyukur dan bersabar.

Firman Allah SWT. dalam Surah An-Nahl ayat 53:

“Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian  apabila kamu ditimpa kesusahan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta  pertolongan”.

2.           Menjauhkan diri dari sifat sombong dan putus asa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sebiji sawi dari sifat kesombongan”.

3.          Memupuk sifat optimis dan giat bekerja.

Manusia tidak mengetahui takdir apa yang terjadi pada dirinya. Semua orang inginkan  keberuntungan tetapi ianya tidak datang begitu sahaja. Ia haruslah diusahakan. OIeh  sebab itu, orang yang beriman kepada qadha’ dan qadar sentiasa optimis dan giat  bekerja untuk meraih kebahagiaan dan keberuntungan  itu.

4.      Dapat  menenangkan jiwa.  Firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27 – 30 bermaksud:

“Wahai jiwa yang tenang!, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah  engkau di dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia; dan masuklah ke dalam  syurga-Ku”.

Sebagai orang beriman!, kita harus redha menerima segala ketentuan Allah  Subhanahu Wata’ala atas diri kita. Di dalam sebuah hadith  Qudsi Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang maksudnya:

“Siapa yang tidak redha dengan qadha’ dan qadar-Ku dan tidak Sabar terhadap bencana-Ku yang Aku timpakan atas-Nya,  maka hendaklah mencari Tuhan selain  Aku”.

(Riwayat At-Thabrani).

Takdir Allah merupakan kehendak-Nya semata-mata. OIeh sebab itu takdir tidak  selalu bersesuaian dengan keinginan kita. Tatkala takdir kita sesuai dengan  keinginan kita, hendaklah kita bersyukur kerana hal itu merupakan nikmat yang  diberikan oIeh Allah kepada kita. Ketika takdir yang kita alami tidak menyenangkan  atau merupakan musibah, maka hendaklah kita terima dengan sabar dan ikhlas.   Kita harus yakin, bahawa di sebalik musibah itu ada hikmah yang kita belum mengetahuinya. Sesungguhnya Allah  Subhanahu Wata’ala Maha Mengetahui setiap apa yang dilakukan-Nya.

“Apa sahaja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan)  dirimu sendiri.  Kami mengutusmu menjadi rasul kepada segenap manusia.  Dan cukuplah Allah menjadi saksi”.

(An-Nisa’:79)

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor