Muhasabah Tahun Baru Hijrah 1433
Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah memasuki Tahun Baru 1433 Hijriah. Tahun hijrah merupakan tarikh yang amat penting kerana ia telah memahat sejarah agung perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal Islam.
Hijrah juga menjadi lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya.
Hijrah dari sudut bahasa bermaksud meninggalkan atau berganjak menjauhi sesuatu. Sesuai dengan maksud kalimah ini, hijrah sebenarnya menuntut kita bergerak meninggalkan suatu daerah atau keadaan yang buruk untuk beralih ke suatu keadaan yang lebih baik.
Inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru, Sabda Rasulullah s.a.w.



“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan”


