Catatan Pendita » Fatwa

Fatwa ESQ Leadership Training
Berikut merupakan kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Professor Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Syukor bin Hj Husin mengenai isu Kursus ESQ Leadership Training pada 14 Julai yang lalu. Sidang media tersebut telah dihadiri oleh hampir 50 wartawan dari seluruh akhbar nasional dan tabloid termasuk akhbar Indonesia.

KENYATAAN MEDIA – ESQ Leadership Training

Sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Merujuk kepada isu kursus ESQ Leadership Training yang diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, suka saya memaklumkan bahawa Muzakarah telah membincangkan isu ini sebanyak 7 kali bermula pada April 2009 sehinggalah dimuktamadkan pada 16 Jun 2010. Kajian telah dibuat oleh Jakim dan Panel Pemantau ESQ yang ditubuhkan oleh Jakim. Selain itu, Muzakarah juga telah mengadakan perbincangan dan dialog dengan pihak pengurusan tertinggi ESQ yang dihadiri oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian bersama Panel Syariah ESQ yang dipengerusikan oleh Dato’ Mustafa Abd. Rahman, mantan Ketua Pengarah Jakim.

Setelah meneliti hasil kajian dan pandangan daripada Panel Pemantau Jakim dan penjelasan-penjelasan daripada pihak ESQ, maka Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 16 Jun 2010 telah memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ. Keputusan ini dibuat setelah Muzakarah berpuashati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Muzakarah juga memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan Syariat Islam.

Muzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Muzakarah.

Keputusan Muzakarah ini juga dibuat berasaskan pertimbangan-pertimbangan berikut:

Ahli-ahli Muzakarah bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum.

Sikap keterbukaan dan kesediaan pihak Eksekutif ESQ dan Panel Syariah ESQ untuk berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua yang difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Selain itu, program ESQ juga dijalankan secara terbuka dan sesiapa sahaja boleh mengikuti dan memberi komen.

8 orang Mufti yang merupakan ahli Muzakarah dan beberapa orang Timbalan Mufti telah menyertai program ESQ dan telah memaklumkan bahwa tiada unsur-unsur percanggahan terhadap prinsip-prinsip asas akidah dan syariah Islam.

Panel Syariah ESQ yang dilantik oleh pihak ESQ yang terdiri daripada Dato’ Mustafa Abd. Rahman (mantan Ketua Pengarah Jakim), Dato’ as-Sheikh Nooh bin Gadut (Penasihat Majlis Agama Johor), Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah bin Abdul Halim (mantan Mufti Kedah), Tan Sri Kadir Talib (mantan Mufti W. Persekutuan) dan Dr. Adnan Yusof (Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah USIM) merupakan tokoh-tokoh agama dan ahli akademik yang sememangnya telah lama berkecimpung dalam bidang keilmuan Islam. Muzakarah menghormati keilmuan tokoh-tokoh ini dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk menilai kandungan program ESQ.

Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama’ dan persatuan Islam Indonesia seperti Nahdatul Ulama’, Majelis Ulama Indonesia, Ikatan Cendikiawan Muslim Se-Indonesia, Persatuan Muhammadiah, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia bahawa kandungan program ESQ tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam.

Program ESQ ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara Islam lain seperti Brunei dan Arab Saudi, juga di Singapura. Tokoh-tokoh agama, ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik dan pelbagai peringkat ahli profesional, artis, pelajar dan sebagainya telah mengikuti program ESQ . Tidak dinafikan ia telah membantu peserta membina peribadi yang lebih baik dan cemerlang.

Di sini juga ingin saya menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Muzakarah tidak mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang dan hanya bersifat pandangan hukum, terpulanglah kepada pihak negeri untuk menerima pakai atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan Muzakarah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri. Matlamatnya ialah bagi mewujudkan penyelarasan dalam hukum hakam yang dikeluarkan di Malaysia.

Suka juga saya memaklumkan bahawa dalam apa jua isu hukum hakam yang dibincangkan, Muzakarah lebih mengutamakan pendekatan berbincang dan membuat keputusan secara jama’i.

Sekian, terima kasih.

PROF. TAN SRI DATO’ DR. ABDUL SHUKOR BIN HJ. HUSIN

PENGERUSI

JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

14 Julai 2010

Berikut pula adalah Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengenai kedudukan Kursus ESQ Leadership Training;

Fatwa Kebangsaan 2010 – ESQ Leadership Training <object id="doc_88144100127843" style="outline: none;" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="100%" height="500" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="name" value="doc_88144100127843" /><param name="data" value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" /><param name="wmode" value="opaque" /><param name="bgcolor" value="#ffffff" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="FlashVars" value="document_id=34405376&access_key=key-28l0gcl6j59shinca3oq&page=1&viewMode=list" /><param name="src" value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed id="doc_88144100127843" style="outline: none;" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="500" src="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" flashvars="document_id=34405376&access_key=key-28l0gcl6j59shinca3oq&page=1&viewMode=list" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" bgcolor="#ffffff" wmode="opaque" data="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf" name="doc_88144100127843"></embed></object>

Kajian Terperinci Isu Semasa Sebelum Fatwa Dibuat
Ulama perlu berperanan dalam pembangunan dan negara sejajar dengan kedudukan mereka sebagai orang berilmu serta beramal dengan ilmunya. Ulama adalah mereka yang dikurniakan ilmu agama dan ajaran islam dengan kefahaman mendalam serta mengetahui batasan agama, terutama meliputi aspek halal atau haram.

Beberapa peserta bengkel ‘Pemahaman Bioteknologi : Kearah Ulama Bermaklumat’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Direktorat Bioteknologi Kebangsaan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Kuala Lumpur, baru-baru ini, bersetuju bahawa tugas ulama bukan sahaja membaca doa selamat, mengetuai majlis tahlil, membaca talkin atau pun mengimamkan sembahyang. Mereka berkata, selaku pewaris anbia, ulama mesti meneruskan perjuangan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya islam yang menjanjikan kebahagian dunia dan yang lebih bermakna di akhirat.

Persekitaran dunia yang kian berubah dan ditambah dengan pelbagai isu melanda masyarakat Islam mendorong kajian menyeluruh dan teperinci dijalankan sebelum sebarang garis panduan dikeluarkan.

Ulama iaitu mufti negeri yang menghadiri bengkel itu juga berpendapat institusi mufti perlu diberi perhatian sepenuhnya untuk menjalankan kajian terperinci berhubung isu semasa yang memerlukan sesuatu fatwa dikeluarkan.

Sepanjang menghadiri bengkel itu, banyak persoalan yang dikemukakan masih kabur, terutama dari segi status dan hukumnya. Keadan sebegini menggambarkan bahawa penyertaan golongan ulama dalam bidang bioteknologi masih kurang dititikberatkan walaupun persoalan itu membabitkan kepentingan umat Islam.

Jawatankuasa Penasihat Modifikasi Genetik (GMAC) dalam Jawatankuasa Biodiversiti Kebangsaan perlu juga mengambil kira penyertaan ulama bagi mengawal selia pengimportan, penghasilan dan pelepasan produk Organisma Diubahsuai Genetik (GMO).

Prihatin dengan penyertaan ulama, Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Dr Mohd Yusuf Hussain, berkata banyak kajian terperinci perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat Islam dalam pelbagai aspek,terutama dalam bioteknologi. Katanya, sebagai menghargai keilmuan yang dimiiki oleh golongan ulama, pandangan dan pendapat ualam sangat diperlukan.

Malah, katanya, pandangan mereka sudah diterima pakai dalam proses pengubalan polisi negara, terutama yang berkait dengan Islam dan masyarakat. Prof Dr Mohd Yusuf berkata, peranan ini dimainkan bukan sahaja di peringkat kebangsaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai 21 ahli, malah setiap negeri mempunyai Majlis Fatwa Negeri.

Bagaimanapun, katanya, golongan ulama ini tidak terhad kepada mufti yang menganggotai Majlis Fatwa, malah mereka yang terbabit dalam memberikan kefahaman mengenai Islam di semua peringkat.

“Kepentingan Ulama bukan sahaja dalam memberi dan menyebarkan segala maklumat berkaitan keimanan dan akidah, malah lebih luas lagi. Ia merangkumi perkara berkaitan kehidupan berkaitan masyarakat Islam. Dalam hal ini, bidang sains dan teknologi, terutama bioteknologi, tidak terkecuali. Pengetahuan mereka terhadap Islam diperlukan untuk menentukan apakah halal atau haram dalam sesuatu kajian. Dunia sudah berubah dan kajian yang dilakukan oleh mufti juga berubah. Kita tidak lagi melakukan kajian dengan sekadar membaca untuk menyelesaikan sesuatu masalah,” katanya kepada Berita Harian.

Bagi tujuan itu, beberapa inisiatif perlu dijalankan bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi, di samping menambah peruntukan serta latihan pegawai agama dalam berkenaan. Berkenaan penambahan peruntukan, Prof Dr Mohd Yusuf berkata, Persidangan Mufti Negeri yang berlangsung pertengahan dan hujung tahun lalu bersetuju supaya setiap pejabat Mufti mengemukakan permohonan peruntukan untuk tujuan kajian. Di wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memohon sejumlah RM400,000 daripada baitulmal Wilayah Persekutuan bagi menjalankan kajian tertentu. Dengan ada peruntukan itu,katanya, ia akan digunakan untuk melantik pakar dan saintis di institusi tertentu bagi mambantu menjalankan kajian.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata kefahaman agama di kalangan saintis juga mustahak agar mereka berupaya mengeluarkan hukum dan ijtihad yang jelas dalam sesuatu kajian yang memerlukan justifikasi agama. Katanya, ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibn Sina, At-Tibbi dan Al-Farabi bukanlah kalangan yang hanya mengetahui bidang sains semata-mata. Beliau berkata, mereka juga adalah ulama, hafiz Quran dan mampu mentafsirkan ayat al-Quran serta menjadi rujukan kepada masyarakat.

“Jadi tidak timbul sebarang syak mereka menyalahgunakan kepakaran atau mengkaji sesuatu di luar batasan kerana mereka sememangnya mengutamakan etika serta budaya ilmu.

“Inilah kelemahan yang ada sekarang. Kita seolah-olah terpisah diantara sains dan agama,sedangkan pada hakikatnya kedua-duanya saling memerlukan. “Usaha perlulah dilakukan, termasuk meningkatkan kefahaman pelajar sains, teknologi dan juga pengajian Islam dalam kedua-dua bidang ini,”katanya.

Petikan Berita Harian bertarikh 16 Januari 2004

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia