The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Ramadan Mulia Pahala Diganda

Saya berpesan kepada pembaca dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Pada bulan Ramadhan yang suci ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan untuk membaiki dan meningkatkan prestasi diri agar dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kita kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Bulan yang penuh keberkatan ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman kerana setiap saat ada ganjaran pahala yang berganda-ganda melebihi yang biasa. Hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh ganjaran, malam-malamnya adalah malam yang paling berkat dan setiap minit dan jam adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT.

Ramadhan

Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat Baginda. Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad bermaksud:

(more…)

Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya. Kelebihan Berpuasa

Keutamaan Ramadan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

(more…)

Ciri Calon Suami Pilihan

Dewasa ini untuk memilih pasangan yang benar-benar sesuai memang memerlukan pemerhatian yang telilti. Oleh itu apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Sebagai lelaki pula apakah ciri yang patut ada pada diri masing-masing untuk layak menjadi calon suami pilihan? Cinta dan harta semata-mata tidak cukup.

Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: AGAMA

PerkahwinanCiri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka.

Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.

[al-Tahrim 66:06]
(more…)

Haram Menyambut Hari Kekasih

Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Selari dengan tuntutan ini, ingin diperkatakan di sini perihal: “Haram Menyambut Hari Kekasih“.

Hari Kekasih

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine ‘s Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.

Hari Kekasih juga digelar sebagai Valentine ‘s Day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka.
(more…)

Jauhi Zina

Sekarang ini kedengaran pelbagai isu terutama yang melibatkan gejala sosial dalam masyarakat oleh sebahagian remaja bahkan orang dewasa seperti pergaulan bebas yang menyebabkan pelbagai gejala tidak baik seperti zina, hubungan seks bebas dan sebagainya. Dalam hubungan ini JAIS melalui pendekatan dakwah, melancarkan Gerakan Anti Zina dan Kaunseling yang bertujuan untuk membendung dan mencegah dari berleluasa.

Ketahuilah, zina diertikan sebagai hubungan terkutuk dan merupakan antara tujuh dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69 yang bermaksud:

Anda Bijak Jauhi ZinaDan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan

Apa itu zina ?

Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuk kegiatan-kegiatan pelacuran atau apa juga perbuatan lain yang membawa keseronokan nafsu dan syahwat. Zina adalah perbuatan mungkar yang mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pembinaan generasi institusi keluarga dan masyarakat. Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;
(more…)