The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Naskhah Cinta Rasulullah

Sebuah filem dakwah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis. Naskhah Cinta Rasulullah dihasilkan bagi menzahirkan manifestasi cinta kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

Geng Penangkap Cahaya mengakui terdapat kekurangan dari segi teknikal perfileman kerana ini filem pertama mereka yang lebih kepada experimental.

Mereka lebih memberi keutamaan kepada fokus, nilai dan pengajaran di dalam filem ini iaitu kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Filem pendek Naskhah Cinta Rasulullah ini diarah oleh Muhammad Ridzuan Razali yang juga menulis skripnya.

Pelakon utama filem ini adalah Anuar Wahidi bin Ahmad sebagai Aiman, Hasnira Ernie bt Mohd Nor sebagai Qurratul Ain dan Mohd Syameer bin Jamil sebagai Haris.

Tidak salah bercinta dalam Islam..
Tapi letaklah cinta Rasulullah mendahului cinta manusia lain..
Dan amat beruntunglah mereka yang cintanya pada Baginda dihidupkan dalam kehidupan seharian..

Fitrah cinta itu berbeza-beza, kadangkala cinta itu berulit nafsu dan noda, tapi cinta manakah yang dimuliakan Allah dan KekasihNya Nabi Muhammad s.a.w.?

Naskhah Cinta Rasulullah adalah sebuah kisah hidup Aiman yang cuba memahami hakikat makna CINTA. Bersamanya seribu satu mehnah perjuangan perlu ditempuh. Berbaloikah memaknakan erti CINTA pada makhluk jika rindu dan kasih Rasulullah s.a.w. pada kita tidak langsung kita balas?

Balada Selawat 1433H

Rakaman projek Balada Selawat 1433H dari Studio Inteam telah dibuat sempena Maulidur Rasul 1433 Hijrah. Video klip ini merupakan projek terbaru Munsyid Malaysia yang melibatkan lebih 30 artis nasyid Malaysia antaranya Hijjaz, Rabbani, Brothers, Saujana, Inteam, UNIC, Nowseeheart, Ustaz Amal, Ustaz Akhil Hayy, kumpulan Far East, kumpulan Aidil, kumpulan Nahwan Nur, Du’a dan ramai lagi.


Video klip ini ditaja sepenuhnya oleh theVIDEOGRAPHERZ dengan kerjasama Munsyid Malaysia.

Jika ingin melihat video di sebalik tabir rakaman Balada Selawat 1433H ini, sila ke http://www.youtube.com/watch?v=_c_3IZEy0C0

Muhasabah Tahun Baru Hijrah 1433

Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah memasuki Tahun Baru 1433 Hijriah. Tahun hijrah merupakan tarikh yang amat penting kerana ia telah memahat sejarah agung perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal Islam.

Hijrah juga menjadi lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya.

Tahun Baru Hijrah 1433

Hijrah dari sudut bahasa bermaksud meninggalkan atau berganjak menjauhi sesuatu. Sesuai dengan maksud kalimah ini, hijrah sebenarnya menuntut kita bergerak meninggalkan suatu daerah atau keadaan yang buruk untuk beralih ke suatu keadaan yang lebih baik.

Inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru, Sabda Rasulullah s.a.w.

(more…)

Perzinaan Dan Perkahwinan

Kekecohan isu masalah gejala sosial di kalangan muda mudi di Malaysia terbabit dengan maksiat semakin hebat diperkatakan. Isu pembuangan bayi, pergaulan bebas dan seks rambang perlu dijadikan iktibar dan pengajaran agar umat Islam tidak terjebak ke kancah seks secara haram dan terbabas daripada Syariat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Perzinaan dan Perkahwinan

Di antara punca utama seseorang terlibat dalam perzinaan adalah disebabkan kegagalan dirinya untuk mengawal nafsu seks yang memuncak. Dalam masa yang sama faktor persekitaran turut menyumbang kepada kegiatan maksiat. Pengaruh rakan sebaya, penggunaan alat telekomunikasi tanpa batas serta kesibukan ibu bapa yang berkerjaya menjadikan anak-anak hidup tanpa bimbingan dan tunjuk ajar.

Bagi menangani gejala maksiat ini, Islam menganjurkan umatnya supaya menahan diri dengan berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W.

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)."

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

(more…)

Generasi Al-Quran Generasi Rabbani

Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan hadirnya peristiwa besar Nuzul Al-Quran hari ini marilah kita menggandakan amal ibadah dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan, sebagai rujukan dan sebagai pembentuk jiwa agar kita begitu hampir dan bertaqwa kepada Allah SWT, dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan mendapat kebaikan di dunia mahupun di akhirat.

Nuzul Al-Quran

Al-Quran diturunkan bertujuan untuk memimpin dan menunjuki manusia ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 9: bermaksud;

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat benar (agama Islam), dan menyampaikan berita gembira yang menggembirakan bagi orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”.

(more…)