Naskhah Cinta Rasulullah

Sebuah filem dakwah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis. Naskhah Cinta Rasulullah dihasilkan bagi menzahirkan manifestasi cinta kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

Geng Penangkap Cahaya mengakui terdapat kekurangan dari segi teknikal perfileman kerana ini filem pertama mereka yang lebih kepada experimental.

Mereka lebih memberi keutamaan kepada fokus, nilai dan pengajaran di dalam filem ini iaitu kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Filem pendek Naskhah Cinta Rasulullah ini diarah oleh Muhammad Ridzuan Razali yang juga menulis skripnya.

Pelakon utama filem ini adalah Anuar Wahidi bin Ahmad sebagai Aiman, Hasnira Ernie bt Mohd Nor sebagai Qurratul Ain dan Mohd Syameer bin Jamil sebagai Haris.

Tidak salah bercinta dalam Islam..
Tapi letaklah cinta Rasulullah mendahului cinta manusia lain..
Dan amat beruntunglah mereka yang cintanya pada Baginda dihidupkan dalam kehidupan seharian..

Fitrah cinta itu berbeza-beza, kadangkala cinta itu berulit nafsu dan noda, tapi cinta manakah yang dimuliakan Allah dan KekasihNya Nabi Muhammad s.a.w.?

Naskhah Cinta Rasulullah adalah sebuah kisah hidup Aiman yang cuba memahami hakikat makna CINTA. Bersamanya seribu satu mehnah perjuangan perlu ditempuh. Berbaloikah memaknakan erti CINTA pada makhluk jika rindu dan kasih Rasulullah s.a.w. pada kita tidak langsung kita balas?

Leave a Comment