Perzinaan Dan Perkahwinan

Kekecohan isu masalah gejala sosial di kalangan muda mudi di Malaysia terbabit dengan maksiat semakin hebat diperkatakan. Isu pembuangan bayi, pergaulan bebas dan seks rambang perlu dijadikan iktibar dan pengajaran agar umat Islam tidak terjebak ke kancah seks secara haram dan terbabas daripada Syariat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Perzinaan dan Perkahwinan

Di antara punca utama seseorang terlibat dalam perzinaan adalah disebabkan kegagalan dirinya untuk mengawal nafsu seks yang memuncak. Dalam masa yang sama faktor persekitaran turut menyumbang kepada kegiatan maksiat. Pengaruh rakan sebaya, penggunaan alat telekomunikasi tanpa batas serta kesibukan ibu bapa yang berkerjaya menjadikan anak-anak hidup tanpa bimbingan dan tunjuk ajar.

Bagi menangani gejala maksiat ini, Islam menganjurkan umatnya supaya menahan diri dengan berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W.

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)."

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

(more…)