Ciri Calon Suami Pilihan

Dewasa ini untuk memilih pasangan yang benar-benar sesuai memang memerlukan pemerhatian yang telilti. Oleh itu apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Sebagai lelaki pula apakah ciri yang patut ada pada diri masing-masing untuk layak menjadi calon suami pilihan? Cinta dan harta semata-mata tidak cukup.

Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: AGAMA

PerkahwinanCiri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka.

Allah berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.

[al-Tahrim 66:06]
(more…)