Larangan Beristinjak Dengan Tangan Kanan

Daripada Abu Qatadah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Apabila seseorang daripada kamu minum maka janganlah ia bernafas ke dalam bejana (bekas minuman) dan apabila ia ke tempat membuang air (apabila ia membuang air) maka janganlah ia menyentuh zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah dia menyapu dengan tangan kanannya.”

al-Bukhari 4:18, Muslim 2:18

Huraian

Hikmah Rasulullah melarang bernafas ke dalam bekas minuman ketika meminum air adalah untuk memelihara kebersihan air kerana mungkin dengan bernafas ke dalam air, mulut akan mengeluarkan air liur dan ini menimbulkan kejijikan kepada orang lain.

Demikian pula apabila mencuci kemaluan selepas membuang air, kita dilarang menyentuh kemaluan dengan tangan kanan. Hikmahnya ialah untuk memuliakan dan memelihara tangan kanan daripada kekotoran dengan sebab mencuci najis

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Comments
  • amirul:

    Salam pendita,

    Saya setiap hari mengambil hadith2 dari web ini untuk dimuatkan ke dalam email semua staf di UUM Malaysia. Satu hari satu hadis. Oleh itu saya ingin meminta bantuan pendita bagi selalu update atau masukkan yang baru kedalam web ini untuk saya sampaikan kepada seluruh staf uum.

    Terima kasih

    • Amirul,
      Salam… maaf kerana lambat balas komen anda. Biasanya saya cuma akan update blog ini sebulan sekali dengan penulisan untuk sebulan terus. Seminggu biasanya ada 2 penulisan, insyaAllah selepas ini akan saya pertingkatkan.
      Terima kasih.

Leave a Comment