The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Dadah Menggugat Kedaulatan Bangsa

Kedaulatan negara dan bangsa di negara ini terletak dalam tangan orang Islam kerana orang Islam adalah kumpulan majoriti yang menjadi teras kekuatan bangsa dan pemerintahan di negara ini. Persoalan besar timbul ialah sampai bila kita boleh mendakwa bangsa kita sebagai mempunyai hak ketuanan di negara ini?.

Berdasarkan pemerhatian semasa, ternyata kekuatan ketuanan umat Islam semakin merosot dan semakin tercorot. Dalam keadaan politik orang Melayu atau orang Islam yang semakin terlucut kekuasaan itu kerana berpecah belah, maka pada masa yang sama juga orang Islam paling ramai terjebak dalam gejala sosial terutamanya menagih dadah. Sekali imbas terdapat orang Islam kelihatan hidup tidak boleh dipisahkan dengan menyedut dan menagih dadah.

Menurut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008, jumlah penagih dalam negara kita adalah seramai 12,352 orang yang merangkumi penagih lama dan baru. Secara umumnya 75% penagih dadah adalah umat Melayu. Pada setiap hari kira-kira 17 orang penagih baru dikesan. Selain daripada itu pada masa ini terdapat 29 buah Pusat Serenti di seluruh negara yang menampung kira-kira 10,000 orang penagih dadah sebagai tempat rawatan dan pemulihan. Menurut sumber agensi itu lagi, hanya kira-kira antara 20-25% penagih dadah yang menghuni di Pusat Serenti berjaya dipulihkan. Manakala yang lainnya gagal untuk dipulihkan, di mana hidup terumbang ambing, lemah serta terjebak menghidap HIV dan AIDS.
(more…)

Beramal Dengan surah Al-Kahfi

Daripada al-Barra r.a katanya : “Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW.

Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”

al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).
(more…)

Syura Dan Kepentingannya

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

”Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah memberikan taufiq bagi memperelokkan urusan mereka.”

~ Riwayat at-Tabrani

Huraian

Pengajaran hadis:

  1. Dalam proses membuat keputusan, perkara yang paling asas ialah membuat perbincangan yang mengambil kira tentang nilai, matlamat dan sumber untuk melaksanakan sesuatu tindakan.
  2. Mengambil keputusan menerusi syura adalah lebih terjamin ketetapan dan kewajarannya. Ia berbeza daripada keputusan yang dibuat bersendirian di mana keputusan yang dibuat sering kali menimbulkan kesilapan dan sukar pula mendapat kerjasama yang ikhlas daripada orang yang terlibat.
  3. Dalam sesuatu amalan syura, kebenaran tidak diukur daripada suara ramai sahaja. Ini berbeza dengan pilihan raya di mana syura adalah interaksi pemikiran di kalangan orang yang berkeahlian bagi menghasilkan sesuatu pendapat dan pandangan yang benar.
    (more…)