The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Aku Janji Berakhlak Mulia

Soal pembinaan kualiti insan adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Pada asasnya, manusia dan kualiti tidak boleh dipisahkan kerana tanpa insan yang berkualiti, sudah tentu tidak akan wujud kelangsungan hidup masyarakat yang bertamadun. Oleh sebab itu, maka pada hari ini kita menyaksikan program-program pembangunan modal insan diberi keutamaan di peringkat institusi keluarga, sosial, pendidikan, dan perkhidmatan sama ada di sektor swasta mahu pun awam.

Perbincangan tentang modal insan ini telah bermula lebih awal iaitu sebelum kelahiran manusia itu sendiri. Pengutusan Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabi di muka bumi ini adalah untuk membentuk manusia berakhlak mulia atau membina kualiti modal insan. Ini dapat difahami melalui ikrar dan Aku janji yang dibuat oleh manusia dengan Allah SWT sewaktu di alam ruh untuk menjadi manusia yang soleh berteraskan akidah tauhid yang satu. Firman Allah SWT:

Maksudnya, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini.”
(Surah al-A’raf:172)
(more…)

Wanita Quraisy

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Wanita Quraisy itu amat baik, mereka dapat menunggang unta, amat pengasih pada anak-anak dan pandai menjaga harta suami.”

Bukhari

Huraian

Islam telah menekankan bahawa seorang wanita itu berkewajiban menguruskan rumahtangga, anak-anak dan suaminya sebaik mungkin. Ruang lingkup tugasnya adalah memelihara rumah dan harta yang ada di dalamnya. Selain daripada hadith di atas Rasulullah juga ada bersabda; “Wanita Quraisy yang solehah adalah wanita yang sangat menyayangi anaknya yang masih kecil dan sangat menjaga suaminya dalam soal miliknya.” (HR. Bukhari).

Pujian Rasulullah terhadap golongan wanita ini adalah sebagai menunjukkan tentang betapa wanita itu memiliki peranan dan fungsi yang amat penting dan terhormat dalam mendukung kecemerlangan sesebuah keluarga hingga menyamakan darjatnya dengan kewajiban pergi berperang bagi kaum lelaki yang menjanjikan syahid bagi mereka sebagaimana sebuah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik: “Satu hari beberapa wanita mendatangi Rasulullah s.a.w dan bertanya: “Ya Rasulullah. Kaum lelaki kembali dengan membawa pahala perjuangan di jalan Allah; sedang kami tidak mempunyai cara untuk mendapatkan seperti mereka?” Mendengar ini baginda pun bersabda: “Jangan takut, tenanglah kalian! Mengurus rumah tangga kalian masing-masing dengan sungguh-sungguh dapat mengejar pahala syahid di jalan Alah seperti mereka.”

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kepentingan Menjaga Solat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

~ Riwayat at-Tirmidzi

Huraian

  1. Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
  2. Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
  3. Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): ”Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Watak Manusia Yang Dibenci Oleh Islam

Allah SWT mencipta alam dan muka bumi dengan sempurna supaya manusia dapat hidup aman damai. Bagaimanapun terdapat manusia yang suka mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan itu sendiri. Dalam al-Qur’an disebutkan watak manusia yang sebegini. Sama ada dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga, bermasyarakat, berbangsa atau bernegara. Watak-watak ini selalunya mengganggu masyarakat dan sentiasa bekerja mengelabui mata orang ramai, mempersenda-sendakan agama dan melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat dan ummah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”

Antara watak tersebut adalah:

Watak Pertama: Manusia yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati.
(more…)

Diam Tanda Setuju

Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda: ”Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.”

Para sahabat bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan gadis itu?”

Rasulullah menjawab:”Jika dia diam sahaja.”

Bukhari

Huraian

Tabi’inya seorang perempuan sangat memerlukan seorang lelaki yang boleh melindunginya dan menjaga kemaslahatannya. Oleh itu seorang gadis adalah orang yang lebih berhak dalam persoalan perkahwinannya dan seorang ayah atau wali kepada gadis tersebut tidak boleh meremehkan pendapatnya serta mengabaikan persetujuannya kerana bagaimana mungkin seorang lelaki itu disifatkan dapat melindungi isterinya jika dirinya sendiri tidak disukai oleh isterinya.
(more…)