Ihsan dalam Penyembelihan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan di atas tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan. Dan apabila menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan sembelihan.”
Riwayat Muslim
Huraian
- Seorang Islam hendaklah menjadi seorang yang muhsin iaitu seorang yang dalam pekerjaannya sentiasa baik dan elok, tidak kasar dan tergopoh-gapah.
- Ihsan juga dituntut terhadap binatang iaitu tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan atau menyiksa binatang termasuklah ketika dalam melakukan penyembelihan. (more…)


