Menjaga Keteguhan Aqidah
Posted 18 November 2008
By pendita
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “la ilaaha illa Allah”.”
(al-Hakim)
Huraian
- Kalimah tauhid adalah merupakan asas aqidah dan prinsip tauhid dan iman.
- Rasulullah SAW memerintahkan kita agar memulakan hidup setiap anak dengan memperdengarkan kalimah tauhid menerusi laungan azan dan iqamah ke telinga mereka selepas dilahirkan.
- Kanak-kanak adalah individu yang mudah diajar. Oleh itu anak-anak yang membesar dengan mendapat didikan agama yang cukup dan sempurna akan mudah dilentur. Mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang buruk apalagi ajaran-ajaran yang dibawa oleh golongan yang kufur dan sesat sekiranya ibu bapa tidak mengabaikan peranan dan kewajipan mereka.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
