Imam Menghadap Makmum Setelah Selesai Solat

Musa bin Ismail menyampaikan kepada kami, daripada Jarir bin Hazam, daripada Abu Raja’, daripada Samurah bin Jundab katanya:’Apabila nabi s.a.w selesai menunaikan solat, baginda menghadap mukakanya kepada kami.”
(Bukhari)

Huraian
Imam bertanggungjawab ke atas makmumnya, dengan itu seorang imam harus benar-benar tahu akan kedudukannya. Orang yang bagus bacaan al-Qurannya dan orang yang lebih disukai makmum adalah lebih diutamakan untuk menjadi imam kerana imam itu dipilih untuk diikuti.

Makmum yang tepat berada di belakang imam, hendaklah seorang yang amat tahu dalam masalah ibadah yang sedang dilakukan. Mereka harus bertindak tepat pada saat imam batal, salah, lupa dan sebagainya. Bila perlu ia berhak menggantikan imam.

Apabila selesai solat, imam hendaklah duduk mengarah ke jamaah. Sebaiknya imam berzikir secara perlahan dan khusyu’, dan jamaah juga berzikir atau berdoa sesuai dengan bacaan imam. Bila imam berdoa, diaminkan atau tidak diaminkan, doa imam sudah membawa kepentingan jamaahnya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Comment