Beriman Kepada Hari Kiamat

Dari Ali, r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang , dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’.
(Tirmizi)

Huraian

  1. Umur manusia amat singkat
  2. Mereka akan meninggalkan dunia dan berpindah ke alam barzakh
  3. Sebab itu, kita perlu seimbangkan antara kerja-kerja dunia dan akhirat agar kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang beruntung

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Comment