Bacaan Wajib Dalam Solat

Dari ‘Ata’ r.a katanya:”Abu Hurairah berkata:”Dalam setiap solat, Rasulullah s.a.w selalu membaca bacaan (ayat). Oleh sebab itu bacaan yang dinyaringkan kepada kami, kami nyaringkan pula, dan bacaan yang perlahan-lahan dibacanya, kami perlahankan pula kepadamu.” Lalu seorang lelaki bertanya:”Bagaimana jika tidak kutambah lagi bacaanku selain membaca al-Fatihah?” Jawabnya:” Jika kamu menambah itu lebih baik, jika tidak, maka al-Fatihah pun sudah cukup.”
(Muslim)

Huraian
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap. Ia dinamakan ‘Ummul Quran” atau “Ummul Kitab” kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

Oleh itu bacaan al-Fatihah mestilah baik (mengikut hukum tajwidnya) kerana apabila cacat bacaan al-Fatihah maka akan rosaklah solat dan jika ia disertai dengan penghayatan maksudnya maka itu adalah lebih baik kerana akan mendatangkan kekhusyukan yang lebih sewaktu mengerjakan solat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Leave a Comment