The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Beriman Kepada Hari Kiamat

Dari Ali, r.a, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya ia beriman kepada empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang , dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah’.
(Tirmizi)
(more…)

Kolam Al-Kauthar

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bersabda:

”Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi dan airnya lebih manis dari air madu dan lebih putih dari salji.”
(Tirmidzi)
(more…)

Empat Kunci Kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
(Ibnu Hibban)
(more…)

Menghadapi Cabaran Zaman

Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya,: ”Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: ”Begini!”(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan”.
(al-Bukhari)
(more…)

Larangan Gila Kuasa

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:

”Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”
(Bukhari dan Muslim)
(more…)