The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Allah Maha Sempurna

Dari Mughirah r.a katanya:”Saad bin Ubadah mengatakan,:

”Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.”

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata:
”Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”
(al-Bukhari)
(more…)

Memelihara Amal Kebaikan

Daripada Umar al-Khattab r.a katanya, Rasul s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tertidur serta luput (beramal) di waktu malam ataupun sesuatu daripadanya maka dibacanya (dikerjakannya) di antara sembahyang fajar dan sembahyang zohor dituliskan ke atasnya pahala sebagaimana ia membaca di waktu malam”
(Muslim)
(more…)

99 Nama Allah

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:

”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.”
(Muslim)
(more…)

Jumaat Penghulu Segala Hari

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
(al-Bukhari)
(more…)

Soalan Yang Ditanya Di Padang Mahsyar

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya :

“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’
(al-Tirmizi)
(more…)