The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Bacaan Wajib Dalam Solat

Dari ‘Ata’ r.a katanya:”Abu Hurairah berkata:”Dalam setiap solat, Rasulullah s.a.w selalu membaca bacaan (ayat). Oleh sebab itu bacaan yang dinyaringkan kepada kami, kami nyaringkan pula, dan bacaan yang perlahan-lahan dibacanya, kami perlahankan pula kepadamu.” Lalu seorang lelaki bertanya:”Bagaimana jika tidak kutambah lagi bacaanku selain membaca al-Fatihah?” Jawabnya:” Jika kamu menambah itu lebih baik, jika tidak, maka al-Fatihah pun sudah cukup.”
(Muslim)
(more…)

Penyebab Masuk Syurga

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.”
(Muslim)
(more…)

Galakan Bersedekah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu. ”
(Riwayat Muslim)
(more…)

Menderma Untuk Diri Sendiri

Dari Abu Dzar katanya:”Aku berkata kepada rasulullah s.a.w :”Pekerjaan manakah yang paling utama?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah.” Aku bertanya lagi:”Membebaskan sahaya manakah yang paling utama?” Jawab baginda:”yang paling dikasihi oleh tuannya dan yang termahal harganya.”
(more…)

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.”
(more…)